Korang semua mesti tahu kan yang Fazura ni memang berhubungan baik dengan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman?
Mana tidaknya, baru-baru ini bila anak Fazura, Nur Fatima Aisya menyambut kelahirannya yang pertama, Tengku Permaisuri Norashikin siap beri hadiah seutas rantai berlian tau!
“Mengenakan tudung harga kurang RM30”
Menerusi Instagram milik Fazura semalam, pelakon ini telah meluahkan rasa berbesar hati melihat sikap rendah diri Tengku Permaisuri Norashikin mengenakan tudung keluarannya yang hanya berharga RM27.
Dapat dilihat melalui gambar yang dikongsikan oleh Fazura, Tengku Permaisuri Norashikin telah menggayakan tudung keluarannya ‘Kak Uda’ dari Koleksi Kakak Kita ketika memberikan sumbangan Alat Bantuan Belajar (tablet) kepada pelajar asnaf fakir dan miskin.
https://www.instagram.com/p/CUsH4tEvBXM/
“Terus nampak exclusive and expensive”
Di ruangan komen pula, rata-rata netizen telah memuji kecantikan Tengku Permaisuri Norashikin ini walaupun mengenakan “tudung murah” serta ada juga yang minta Fazura keluarkan semua koleksi yang sama. Memang nampak eksklusif dan mahal!
Menjengah ke laman web Tudung Fazura pula, semua tudungnya ini telah pun sold out tau! Dahsyat betul.
Siapa yang dapat beli tudung yang sama macam Tengku Permaisuri Norashikin pakai memang bertuah betul ya?