in

“My respect to Fazura” – Netizen Terkejut Harga Terlalu Murah, Fazura Kata Ini Sebab Kenapa Jual Tudung Bawah RM30

Ft Fazura Jawab Kenapa Jual Tudung Murah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pelakon dan ahli perniagaan, Fazura telah melancarkan koleksi tudung yang diberi nama ‘Kakak Kita’ di mana 10 jenis tudung bawal berbeza corak dijual di bawah jenama Fazbulous.


Setiap corak dinamakan dengan nama klasik ‘kakak-kakak’ seperti Kak Teh, Kak Ngah, Kak Kiah dan macam-macam lagi. Bukan nama unik itu saja yang menarik perhatian netizen tetapi juga harga bagi sehelai tudung dijual oleh Fazura itu dikatakan sangat murah.

Tuds1

Kebiasaannya kita lihat golongan artis yang terjun ke dunia bisnes akan menjual produk dengan harga yang tidak mampu dibeli oleh segelintir golongan. Tapi, kali ini Fazura membuat kelainan dan mengejutkan ramai netizen apabila dia menjual tudung bawal Kakak Kita keluarannya itu dengan harga RM27 sehelai!

 

“I nak semua orang mampu beli”

Klip video Fazura ketika live baru-baru ini telah dimuat naik di TikTok dan mendapat perhatian ramai netizen kerana kelembutan dan jawapan diberikan aktres itu. Fazura telah ditanyakan soalan mengapa dia jual tudungnya dengan harga sebegitu murah. Jawab Fazura,

Ramai juga orang tanya, 27 ringgit… Tapi, itu niat saya. Sebab Faz nak semua orang (boleh) pakai. Semua orang mampu untuk beli.”

Fazura kemudian ditanya adakah dia mendapat untung menjual tudung dengan harga semurah itu sedangkan dengan ‘nama’ yang dia ada sebagai artis boleh saja mark up harga lebih daripada itu. Katanya,

Sebagai ahli perniagaan, sudah tentu kita nak untung lebih, sudah tentu kita nak buat duit. Itu betul dan saya boleh buat benda tu.”

Tapi matlamat Faz, I nak semua orang mampu untuk beli. Even kalau Faz sendiri pun kalau nak beli tudung, lebih dari RM50, pada saya macam mahalnya.”

@crazygumihoshi_

She is so gorgeous inside and out ? Yang penting live kak vivi and Bella awesome nyahhhh Terhibur aku ??? #fazura #fypシ #foryoupage

♬ original sound – Baee ? – Baee ?

 

“Beauty inside and out”

Video itu mendapat perhatian ramai netizen di TikTok di mana rata-ratanya akui suka melihat karakter Fazura yang bubbly, bercakap dengan sopan dan merendah diri. Ramai yang memuji sikap isteri Fattah Amin ini yang lemah lembut dan joyful serta ada yang berkata Fazura ini ‘beautiful inside and out’.

Komen Tuds1

Komen Tuds2

Beberapa netizen dilihat memuji Fazura kerana menjual produk dengan harga mampu milik termasuklah produk kosmetik dia iaitu lipstick keluaran Faz Beauty. Menurut perkongsian Fazura, selepas beberapa jam dilancarkan, tudung Kakak Kita itu habis terjual sebanyak 20,000 helai dalam masa sehari.

Admin tengok gigi Fazura je sepanjang video, cantik berseri!

Baca: “Hang tanya saya, hang dah sembahyang belum?” – Asyik Ditanya Pasal Solat, Tan Boon Heong ‘Smash’ Balik Netizen

Ft Tan Boon Heong Ceramah Solat 5 Waktu

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.