in

“Teruknya imaginasi dia!” – Polis Tangkap Lelaki Curi Seluar Dalam & Coli Jiran-Jiran Sejak November 2019

Tefak Jijik

Jijik! Itu perkataan untuk menggambarkan situasi yang dilakukan seorang lelaki di pertengahan usia baru-baru ini. Lelaki tidak dinamakan itu telah ditangkap pihak polis di Kelemak, Alor Gajah, Melaka baru-baru ini kerana mencuri pakaian dalam jirannya, lapor WOB.

Lelaki itu dipercayai telah melakukan perbuatan ini banyak kali sejak November 2019. Lebih teruk lagi, lelaki berusia 51 tahun itu akan menyarung seluar dan baju dalam yang dicuri pada bantal sebagai patung seks.

Sex Doll

Perbuatan jijiknya itu terbongkar melalui rakaman CCTV yang menunjukkan dia menyelinap masuk salah satu rumah jirannya untuk mencuri pakaian dalam. Terdahulu, polis terima laporan daripada seorang suri rumah berusia 31 tahun mengatakan seseorang telah mencuri seluar dalamnya di rumah.

Menurutnya, pada 7.40 pagi 18 Februari baru-baru ini ketika dia mahu memasukkan baju di dalam mesin basuh di belakang rumah, dia menyedari seluar dalamnya dan anak perempuannya hilang.

Dia kemudian membuat keputusan untuk memeriksa rakaman CCTV dan terkejut melihat ada seseorang yang tidak dikenali memanjat pagar rumahnya dan pecah masuk ikut pintu belakang. Lelaki itu dilihat menghala ke mesin basuh terus menyelongkar sebelum terjumpa seluar dalam dan melarikan diri. 

Selepas siasatan dilakukan, polis berjaya menahan suspek di rumahnya kira-kira jam 9.30 malam pada hari yang sama laporan dibuat. Ketika serbuan dilakukan, polis merampas 40 helai pakaian dalam (sekurang-kurangnya 10 helai seluar dalam dan 30 coli) di rumah suspek. 

Bra Panty

Polis terkejut ketika mereka terjumpa satu bantal yang dipakaian seluar dalam serta coli perempuan seolah-olah ianya adalah patung seks.

Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah methamphetamine dan dipercayai terbabit dalam dua kes liwat di Gombak sebelum ini tetapi kes berkenaan belum dibicarakan.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua- duanya sekali

Psiko wehhhhh!

Baca: Takut Coronavirus, Orang Sekarang Sanggup Pecahkan Kenderaan Demi Nak Curi Face Mask Yang Semakin Kurang Di Pasaran

Gilo