in

Peguam Suruh Mengaku Bunuh Kevin Morais

Internetlembab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua hari lepas tertuduh keenam dalam kes pembunuhan Kevin Morais membuat pendedahan bahawa dia dan lima lagi tertuduh kena ugut dengan pegawai penjara supaya mengaku membunuh mendiang.


Nampaknya bukan pegawai penjara je yang suruh mengaku, tapi rupa-rupanya ada lagi orang dalam yang suruh dorang mengaku benda sama. Menurut The Malay Mail, peguam juga ada menyuruh tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan membunuh Kevin.

Tertudu Kevin Morais Bernama 1 Os
sumber: fmt

“Peguam-peguam tu datang jumpa saya, tiada sebarang ugutan dibuat, tapi mereka menggesa saya supaya mengaku yang saya melakukan pembunuhan ke atas mendiang Kevin Morais,” kata S. Nimalan, tertuduh keenam yang berusia 25 tahun ketika perbicaraan oleh peguam Datuk N. Sivananthan.

Tanpa menyebut nama-nama peguam terbabit, Nimalan memberitahu bahawa insiden ugutan tersebut berlaku pada 2015. Waktu tu dia tak lantik mana-mana peguam lagi untuk mewakili dirinya dalam kes tu.

20150928 Morais Suspects 03
sumber: the malay mail

Bila Sivananthan tanya adakah dia pernah mengaku bersalah sebelum ni, Nimalan menjawab ‘tidak’. Dia juga tidak mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif yang dikemukakan pihak pendakwaan pada 2016. Keputusan ni dibuat adalah selepas dia mendapatkan khidmat peguam yang dilantik.

“Jay (G. Gunasekaran, tertuduh kedua yang kini bebas setelah selesai menjalani hukuman) juga memberitahu saya supaya tidak mengaku bersalah kerana saya tak buat salah,” kata Nimalan lagi.

28Moralis.transformed
sumber: berita harian

Pada Mac 2016, Nimalan ditawarkan pertuduhan alternatif membantu menyembunyikan mayat dan memusnahkan kenderaan bernombor plat WA 6264 Q dengan niat mengelakkan enam lagi tertuduh mengambil tindakan undang-undang.

Pertuduhan dibuat dibawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan akan berdepan hukuman penjara maksimum tujuh tahun. Perbicaraan akan diteruskan hari ini.

Semoga kes ni akan dapat diselesaikan dengan adil dan telus.

Baca: Tertuduh Diugut Mengaku Bunuh Kevin Morais

Lambatnyainternet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.