in

Tertinggal Anak Di RNR Pagoh, Ibu Bersyukur Ada Warga Asing Baik Hati Pinjamkan Telefon & Jaga Anak

Anak Tertinggal Di Rnr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peringatan buat ibu bapa di luar sana, pastikan korang periksa anak-anak semua sudah masuk kereta ke belum kalau berhenti di mana-mana kawasan Rehat dan Rawat (RNR) ketika dalam perjalanan di lebuhraya.


Baru-baru ini, tular beberapa video memaparkan seorang wanita dan suaminya mengalami detik cemas apabila tertinggal anak di RNR Pagoh. Menurutnya, kejadian itu berlaku pada 17 Februari lepas.

@shahilashah

Peeingatan untuk parents.. Check anak2 bila beehenti kat rnr atau mana2.. Jgn jadi macam ni😢 Kejadian malam 17. 2.2024 #shahilashah #tertinggalanak #rasanakpengsan #hati2 #fyp

♬ original sound – Shahila Shah – Shahila Shah

Dalam video itu, seorang wanita dilihat menjawab panggilan telefon di dalam kereta sebelum diberitahu pemanggil yang dia telah tertinggal anaknya di RNR.

Wanita itu kemudian berkalih ke tempat duduk belakang dan menyedari ketiadaan anaknya lalu memutuskan untuk berpatah kembali ke RNR tersebut.

@shahilashah

Replying to @rnfzah

♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Mereka katanya telah berpatah balik di susur keluar Yong Peng dan kembali menuju ke RNR Pagoh. Tambah wanita itu lagi, anak-anaknya yang lain tidak menyedari kehilangan adik bongsu mereka kerana sudah nyenyak tidur.

Artikel berkaitan: “Dah tunggu la situ” – [VIDEO] Tertinggal Anak Di Stesen Minyak, Reaksi Kasar Ibu Dikritik Netizen

Artikel berkaitan: [VIDEO] Pakcik Ditinggal Anak? ‘Social Experiment’ Ni Buka Mata Rakyat Malaysia Tentang Realiti Masyarakat

“Budi kalian kami akan kenang sampai bila-bila” 

Ketika tiba di stesen minyak RNR berkenaan, wanita ini bersyukur anak bongsunya itu telah dijaga oleh tiga pekerja Bangladesh dan salah seorang yang bernama Ismail katanya telah membelikan anaknya roti dan meminjamkan telefon untuk menghubungi keluarga.

@shahilashah

Replying to @fekksop Syukur alhamdulillah sibongsu di bantu oleh 3 org pekerja bangladesh, yg nama Ismail tu bagi guna fon utk call sy serta belikan si bongsu roti dan air.. Tksih Ismail dan 2 lg rakan dari petron rnr Pagoh.. Budi kalian kami akan kenang sampai bila2.. Ada je warga asing yg berhati mulia😊 #shahilashah #fyp #staffpetronwargabangladesh #alhamdulillah

♬ Thank You Allah – Maher Zain

Terima kasih Ismail dan dua lagi rakan dari Petron RNR Pagoh. Budi kalian kami akan kenang sampai bila-bila. Ada je warga asing yang berhati mulia,” katanya.

Video berkenaan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang mana rata-rata bersyukur anaknya ditemukan selamat dan memuji sikap para pekerja asing yang sudah menghulurkan bantuan.

Harap ibu bapa take note dengan kejadian ini. Check anak-anak cukup tak dalam kereta sebelum memulakan perjalanan. 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.