in

Tertimbus 17 Jam Akibat Gempa, Budak Umur 7 Tahun Tawar Diri Jadi Hamba Jika Diselamatkan

Ft Kanak Kanak Tersepit Gempa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu semasa dunia mengenai gempa bumi 7.8 magitud yang berlaku di selatan Turkiye dan Syria semakin menjadi perbualan hangat warganet di serata media sosial.


Situasi semasa Syria yang berdepan dengan isu perang, pemberontakan dan pelarian yang sedang berlaku sejak lebih satu dekad lalu telah merumitkan usaha pencarian dan penyelamatan (SAR) mangsa gempa bumi yang melanda dua negara tersebut.

Namun bagi masyarakat di Syria, mereka sudah bersiap sedia dan menjangka pelbagai risiko serangan atau pengeboman yang membadai bumi Anbiya itu.

Fosss9Ewyaqjsi1

Baru-baru ini telah tular sebuah video di Twitter dari seorang wartawan Zuhair Alamosa, yang berkongsi kisah semasa misi menyelamat dijalankan.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah, ketika misi SAR di Idlib dan Aleppo, pasukan penyelamat berjaya menemukan dua orang kanak-kanak di bawah runtuhan tersebut.

Kanak-kanak perempuan yang dipercayai berumur 7 tahun itu dikatakan merayu kepada pasukan penyelamat itu agar bantu mengeluarkan mereka, namun lebih menyayat hati adalah apabila mereka merelakan diri untuk dijadikan hamba jika diselamatkan.

Screenshot 5

“Tolong bawa saya dan adik keluar dari runtuhan ini tuan. Saya rela untuk menjadi hamba anda,” kata kanak-kanak itu.

Menerusi video berkenaan, kanak-kanak perempuan itu cuba menenangkan sambil melindungi adiknya yang turut berada dalam kesempitan di celah runtuhan bangunan berkenaan.

Difahamkan, kedua-dua mereka dilihat dalam keadaan penat dan tidak bertenaga setelah mereka terperangkap tanpa makanan dan minuman dipercayai selama 17 jam.

Sumber: Sinar Harian, Twitter, mStar

Semoga dipermudahkan urusan mereka yagn terlibat…

Baca : Baru Berhijrah Ke Turkiye, Imam Muda Asyraf Kongsi Keadaan Terkini Di Sana

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.