in

“Diculik & Dibunuh” – Presiden Taiwan Minta Maaf Atas Pembunuhan Kejam Pelajar Malaysia

Collage

Baru-baru ini, seorang pelajar Malaysia telah dibunuh dengan kejam di Selatan Taiwan. Insiden ini telah mengejutkan ramai rakyat Malaysia sekaligus mencemarkan reputasi Taiwan sebagai negara selamat.

Pelajar wanita berusia 24 tahun yang belajar di Chang Jung Christian University ini telah diculik berhampiran kampus sebelum mayatnya ditemui di kawasan pergunungan Daerah Alian berdekatan Kaohsiung.

Mayat pelajar ini ditemui selepas polis tempatan menahan seorang suspek yang mengaku telah menculik dan membunuh pelajar tersebut serta melakukan gangguan seksual terhadap mangsa sebelum menjerut leher wanita tersebut menggunakan tali sehingga mati, lapor Focus Taiwan.

Ac25D4A0 67Bf 43Ff B549 2939Ae0Baaa2

Ekoran dari pendedahan ini, Presiden Taiwan Tsai Ing-Wen kelmarin telah memohon maaf kepada keluarga mangsa dan seluruh rakyat Malaysia.

Presiden telah meluahkan simpati dan memohon maaf kepada keluarga pelajar tersebut dan rakyat Malaysia.”

335525A9 B425 49C8 9Bda 97A91E337177

Tak cukup dengan itu, semasa mesyuarat keselamatan negara peringkat tertinggi di Taipei, Presiden Taiwan menekankan yang insiden ini telah mencalarkan imej negara dan masalah ini perlu dikaji dengan lebih menyeluruh supaya tragedi ini tak akan berulang kembali.

Selain Presiden Taiwan, Perdana Menteri Taiwan, Su Tseng-chang juga turut memohon maaf kepada Malaysia dan keluarga mangsa. Dia turut menekankan bahawa arahan telah dikeluarkan kepada agensi berkaitan untuk membantu keluarga mangsa.

Fc06823A Bfdb 476C A110 07A6F81Ea4F2

Menurut polis tempatan di Tainan, sekurang-kurangnya satu lagi pelajar wanita dari universiti yang sama telah membuat laporan polis apabila seorang lelaki cuba untuk menculiknya di lokasi yang sama pada 30 September lalu. Bagaimanapun, pihak berkuasa belum mengetahui sama ada suspek adalah orang yang sama atau pun tidak.

Kementerian Pelajaran Taiwan kini sedang menjalankan siasatan ke atas universiti tersebut kerana gagal untuk memberi amaran kepada pelajar-pelajar walaupun pihak berkuasa telah mengutarakan tentang isu ini pada September lalu.

Semasa ditemubual, bapa mangsa mengatakan kepada media Taiwan yang dia berharap penjenayah tersebut dihukum mati sebagai amaran untuk orang lain.

 

Baca: “Reject elok-elok pun salah” – Wanita M’sia Dibunuh Oleh Jirannya Di Taiwan Sebab Cinta Kena Reject?

Screenshot 2020 11 02 At 12.21.15 Pm

Sumber: Focus Taiwan
Sumber: Focus Taiwan
Sumber: Focus Taiwan