in

“Terpengaruh cerita Vincenzo ni”- Hampir Semua Menu Ada Perkataan Mafia, Siap Ada Set Sedekah Untuk Rider Foodpanda

Cats 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang yang pernah tengok cerita Vincenzo mesti tahu kan cerita tu pasal mafia gaduh-gaduh. Memang best gila cerita itu. Siapa yang ingat cerita Korea ni pasal cinta-cinta je korang memang silap la.


Baru-baru ini, viral dekat Twitter mengenai satu kedai makan di aplikasi Foodpanda yang mana menu dia macam nak cari gaduh pun ada! Macam mafia.

Menerusi satu perkongsian tweet oleh pemillik akaun dikenali sebagai Shabina yang dimuat naik semalam sehingga mendapat hampir 5 ribu retweet dan hampir 8 ribu likes, dia berkongsi kisah ada satu kedai di Foodpanda bernama Nasi Ayam Mafia (Edisi Posa) yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi mempunyai nama menu yang agak unik tau.

 

Semua nak letak mafia

Korang boleh tengok nama menu kedai ini kebanyakannya ada perkataan mafia tau. Sesuai la nama kedai pun Nasi Ayam Mafia kan. Terfikir juga macam mana la agaknya makanan dengan nama mafia ni.

Harga di kedai makan ini pun boleh kira berpatutan sebab kebanyakan makanan ‘mafia’ yang dijual  bawah dari RM 10 tau! Memang order macam mafia la lepas ni sebab harga pun murah kan.

Photo6093792573178096580 1

 

Sedekah untuk rider

Bukan setakat menu penuh perkataan mafia, kedai ini juga ada menjual set untuk pelanggan sedekah kepada rider Foodpanda tau. Tak pernah lagi tengok orang buat macam ini. Memang rare betul kedai ni.

Ini dikira satu inisiatif yang bagus juga sebenarnya untuk galakkan lebih ramai orang bersedekah lagi-lagi pada bulan Ramadan ini. Memang pahala berganda-ganda kalau buat kebaikan waktu bulan yang mulia ini.

Photo6093792573178096570

 

Terpengaruh dengan Vincenzo

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan set menu yang dijual di kedai tersebut sebab nama dia yang unik dan penuh ‘mafia’. Siap ada yang komen cakap mungkin pemilik kedai ini terpengaruh dengan cerita Vincenzo kot.

Photo6093792573178096571

Photo6093792573178096572

Sempena bulan Ramadan ni, rajin-rajinkanlah bersedekah walaupun nilainya rendah tapi pahalanya In Shaa Allah berlipat ganda haa gitu tazkirah tiba-tiba.

 

Sumber: ketengahketepi

Baca:”Yang penting doakan akak cepat dpt zuriat”- Brader FoodPanda Terkejut Pelanggan Bagi Tip RM1,000 Dalam Sampul Angpow

Capture 15

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.