Dalam keseronokan mahu pulang beraya di kampung, siapa yang membela kucing semestinya akan timbul perasaan resah apabila terpaksa meninggalkan haiwan peliharaan itu di rumah untuk jangka masa lama.
Ada yang meninggalkan kucing mereka di pet hotel atau meminta pertolongan ahli keluarga, jiran untuk menjaga si bulus buat sementara waktu.
Namun, ada juga yang terpaksa meninggalkan haiwan ini secara bersendiran di rumah atas sebab-sebab tertentu.
Artikel berkaitan: Doktor Haiwan Kongsikan Tips Tinggalkan Kucing Bersendirian Di Rumah Kalau Balik Beraya
Artikel berkaitan: “Manja Betul Panggil Macam Tu”- Tular Di Tiktok, Kucing Panggil Tuannya ‘Mama’ Buat Netizen Terhibur
Seperti perkongsian seorang pengguna TikTok @kamarul.azim, dia yang juga risau dengan keadaan kucing kesayangannya telah memasang CCTV di dalam rumah untuk memantau kelakuan haiwan tersebut.
Namun apa yang membuatkan Kamarul sedih apabila melihat tingkah laku kucingnya yang bernama Dora yang hanya menunggu di hadapan pintu rumah seperti sedang menunggu kepulangan dia dan isterinya.
@kamarul.azim Dora kene tinggal kat rumah, kami balik kampung beraya. Pasang CCTV untuk pantau je. Rupanya tiap hari tunggu kami balik. Gambar 1 famiy tu gambar throwback (that’s why edit black n white). This is the first time tinggal dia kt rumah. Tiap tahun mmg bwk dia balik kg. Kali ni tak dpt cuti awal, so tak dpt elak jem nnt, lagi kesian kt dia dlm kreta berjam jam nnt. Dora jenis penakut kalau keluar drpd rumah. That’s why kami fikir, ini shj jalan terbaik. In sha Allah, ada rezeki, kami carikan adik dora. Tiada siapa2 yg terkorban ya akak2 abg2 sekalian. We’re sorry Dora. Kami terpaksa.. 💔 @Asmida Asmadi
“Tiap hari tunggu kami balik”
Dapat dilihat air muka kucing terbabit seperti kesunyian dan mengharap tuannya pulang dengan penuh sabar.
Menurut Kamarul, Dora ditinggalkan dalam rumah ketika mereka balik kampung untuk beraya. Katanya, ini merupakan kali pertama mereka meninggalkan haiwan peliharaan bersendirian di rumah disebabkan tidak mendapat cuti awal.
“This is the first time tinggal dia kat rumah. Tiap tahun memang bawa dia balik kampung. Kali ini tak dapat cuti awal, so tak dapat elak jem nanti, lagi kesian kat dia dalam kereta berjam-jam nanti.
“Dora jenis penakut kalau keluar daripada rumah. That’s why kami fikir, ini sahaja jalan terbaik,” jelasnya.
Selain itu, Kamarul juga memberitahu mereka sebelum ini pernah menghantar kucingnya ke pet hotel namun haiwan itu tiada selera makan dan tidak aktif.
Melihat keadaan kucingnya, Kamarul meminta maaf dan berhasrat untuk mencari seekor lagi kucing untuk menjadi peneman Dora.