Sedangkan lepas putus cinta pun enggan nak bersemuka dengan ex tu, inikan pula kalau bekas suami isteri. Kalau boleh terus dingin, tapi ada je dengan cara baik dan masih boleh berkawan macam Jia ni, tapi kes dia special sikit. Rasa sebak pun ada.
Jia dah jaga bekas suaminya selama lebih 20 tahun akibat kemalangan terjatuh dari lereng bukit dengan ketinggian 40 ke 50 meter. Kehidupan mereka berubah menjadi fakir miskin kerana bekas suaminya tak boleh bergerak akibat kerosakan otak yang teruk.
Kahwin baru sebab nak tolong jaga bekas suami
Wanita dari Shandong China ini begitu setia, sanggup jaga suaminya walaupun dah lumpuh, cuba ada kekangan yang dia perlu hadapi. Sejak suaminya lumpuh, Jia tak boleh nak bekerja, dia kena jaga suaminya sepanjang masa.
Sampai ke satu tahap, dia mengalami masalah kewangan, jadi dia buat keputusan terpaksa ceraikan suaminya dan berkahwin dengan lelaki lain supaya dapat tanggung bekas suaminya yang dah lumpuh tu.
Menurut sumber, keluarga bekas suaminya itu begitu memahami keadaan Jia, malah siap beri sokongan lagi, tapi secara logik lelaki mana yang rela jadi pak sanggup macam tu kan?
Mujurlah dengan bantuan jiran tetangga, Jia dapat berjumpa dengan seorang lelaki baik hati yang nak tolong dia. Lelaki tersebut rela berada di sisi Jia dan sanggup tolong Jia jaga bekas suaminya itu, malah sanggup tolong dari segi kewangan untuk tanggung keluarga itu.
Namun, walaupun dah jumpa peneman baru Jia masih merasakan tanggungjawab utamanya untuk menjaga bekas suaminya.
Salute betul wanita macam ni.