Satu pasangan remaja telah ditahan dan disoal siasat polis selepas dijumpai di dalam sebuah kereta api pada 27 November lepas. Menurut AsiaOne, remaja perempuan itu berusia 12 tahun dikenali sebagai Xiao Zhang mengaku melarikan diri dari rumah kedua ibu bapanya di Sichuan, China.
Disebabkan kedua ibu bapanya sering bergaduh, Zhang tidak tahan dan merancang untuk melarikan diri bersama dengan teman lelakinya berusia 15 tahun. Zhang dan Xiao Lei dari Taiyuan berkenalan beberapa bulan lepas melalui satu permainan video online.

Sejak itu, mereka berhubung secara online dan menjalinkan hubungan sehinggalah terfikir untuk kahwin lari. Selepas dah fikir masak-masak, mereka nekad untuk lari dan menetap di Taiyuan bersama.
Rancangan mereka adalah Lei akan menaiki kereta api ke Dazhou untuk menjemput kekasih hatinya itu dan mereka berdua akan berangkat ke Taiyuan bersama. Ketika disoal siasat polis, Lei berkata dia mampu untuk tanggung kehidupan mereka berdua kerana gajinya sebanyak 1,800 yuan (RM1,065) setiap bulan.

Jadi mereka merancang untuk sewa rumah dan sementara Lei bekerja Zhang boleh enjoy main video game di rumah kerana itu akan membuatkan kekasihnya bahagia. Zhang pula berkata dia boleh menjaga Lei di Taiyuan dan hanya akan pulang ke pangkuan ibu bapanya selepas dia berjaya mendapat kerja.
Kalau semua rancangan itu tidak berjaya, Lei kata dia akan bawa Zhang ke luar negara dan yakin yang dia mampu tanggung kehidupan mereka berdua di sana. Amboiii dikkk…

Beberapa penumpang dewasa yang lain di dalam kereta api itu kemudian menasihati pasangan remaja itu dan mereka kemudian dihantar ke pangkuan ibu bapa masing-masing.
Demi cinta, lautan api sanggup ke redah katanyaaaa~