“Terlampau tertekan” – Jururawat Itali Bunuh Diri Lepas Disahkan Positif Covid-19 Sebab Taknak Jangkiti Orang Lain

Semua petugas barisan hadapan atau dipanggil ‘frontliners’ di dunia kini bertungkus lumus bekerja siang dan malam kerana Covid-19. Demi kesihatan orang ramai mereka berbakti sehabis baik kerana tidak mahu jangkitan itu terus menular meskipun tahu mereka berisiko dijangkiti.

Malangnya, banyak kes berlaku di mana pegawai kesihatan, jururawat dan doktor disahkan telah dijangkiti virus ini ketika mengendalikan pesakit Covid-19.

Namun, seorang jururawat dari Itali dilaporkan telah membunuh diri selepas disahkan positif Covid-19, lapor Mirror. Daniela Trezzi, 34, merupakan seorang jururawat dan bertugas sebagai ‘frontliner’ di wad ICU San Gerardo Hospital dekat Lombard, tempat paling teruk terjejas di Itali.

Persatuan Jururawat Kebangsaan Itali telah mengesahkan kematian tragis dan menyedihkan itu selain turut berkata ramai pekerja sektor kesihatan di sana kini tertekan.

Malah, keadaan emosi Daniela juga dikatakan semakin memburuk selepas dia disahkan positif Covid-19 pada 10 Mac lepas. Bukan kerana dijangkiti penyakit itu tapi Daniela lebih tertekan apabila memikirkan jika dia akan menjangkiti orang lain.

Dia sangat tertekan kerana takut dia akan menjangkiti orang lain.”

Itali adalah negara paling teruk dijangkiti virus membunuh ini selepas China dengan lebih 6,820 kematian dan hampir 70,000 telah disahkan positif.

Baca: “Umpama kat medan perang” – Ini Realiti Petugas Kesihatan Yang Jadi Frontliner Covid-19, Ramai Tak Tahu

Sumber: Mirror

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!