in

“Terlalu peribadi untuk dikongsikan” – Eina Azman Mohon Maaf Isu Vaksin, Enggan Dedah Penyakit Dihidapi

Tak Boleh Habaq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pelakon Datin Paduka Eina Azman dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah telah terpalit dengan isu panas apabila mereka didakwa telah menerima suntikan vaksin di sebuah hospital di Ipoh, Perak.



Rata-rata netizen mendakwa selebriti ini telah ‘memotong giliran’ untuk mendapatkan vaksin yang mana perkara ini sekaligus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa 25 Mei hingga 7 Jun.

Save

 

“Saya sendiri mempunyai masalah kesihatan namun terlalu peribadi untuk dikongsikan”

Susulan isu tersebut, Eina menerusi Instagram semalam telah memohon maaf jika postingnya mengenai vaksin itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai.

Malah kata Eina lagi, dia mengesahkan mempunyai masalah kesihatan yang tidak boleh didedahkan kepada umum kerana ia sangat peribadi.

Saya memohon maaf andai kata perkongsian saya di media sosial menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah pihak. 

“Saya tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti apatah lagi ketika isu vaksin menjadi perbualan hangat. 

“Malah, pihak berwajib juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini. Saya sendiri mempunyai masalah kesihatan namun terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum dan hanya untuk pengetahuan keluarga saja,” katanya.

 

Padam posting divaksin untuk elak kritikan netizen 

Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, 26, pada masa yang sama telah memadam posting Instagram yang menunjukkan gambarnya memegang placard ‘saya telah divaksin’ untuk mengelakkan isu tersebut berpanjangan.

Whatsapp Image 2021 05 26 At 07.20.48

“Justeru itu, saya memadam posting daripada paparan di Instagram bagi mengelakkan isu ini daripada bertambah rumit. 

“Dengan rasa rendah diri, saya sekali lagi memohon maaf sekiranya video dan gambar yang dimuat naik menimbulkan salah faham,” katanya lagi.

Terdahulu, Pengarah Hospital Ipoh, Dr Abdul Malek Osman dalam satu kenyataan rasmi menjelaskan bahawa pasangan tersebut layak menerima suntikan vaksin berdasarkan rujukan doktor pakar yang merawat mereka kerana mengalami masalah kesihatan dan komorbid.

Isu ‘potong barisan’ juga tidak timbul kerana pasangan itu didakwa dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar.

Baca: “Tiada isu potong barisan” – Hospital Ipoh Sahkan Eina Azman & Suami ‘Golongan Berisiko Tinggi’

Collage 46

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.