in

“Terlalu kagum dengan karyanya” – Pusara P.Ramlee Tempat Pertama Melly Goeslaw Ziarah Ketika Di KL

Melly Goeslaw P Ramlee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada awal tahun 2000, banyak lagu-lagu ‘sendu’ yang menjadi pilihan pendengar-pendengar tempatan dan pada ketika itu banyak lagu-lagu dari negara jiran yang menjadi siulan remaja.


Antara lagu yang menjadi pilihan ramai ialah hasil-hasil nukilan Melly Goeslaw yang merupakan penyanyi dan komposer terkenal daripada Indonesia, lagunya seperti Ada Apa Dengan Cinta dan Denting antara yang menjadi siulan ramai sehingga hari ini.

Semalam, komposer terkenal itu datang ke Kuala Lumpur bagi mempromosikan konsert solonya yang bakal diadakan pada bulan Febuari tahun depan.

Sebaik tiba di Kuala Lumpur, Melly Goeslaw mengambil peluang menziarahi pusara seniman lagenda tanah air iaitu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee serta isterinya, Puan Sri Saloma.

Dalam perkongsiannya di laman Instagram, penyanyi lagu Jika ini turut memuat naik gambar ziarahnya bersama suami, Anto Hoed ke pusara seniman dan seniwati lagenda negara itu serta kesempatan bertemu dengan cucu Saloma.

“Sudah lebih dari 10 tahun kami tidak ke Kuala Lumpur. Banyak yang ‘meminang’ saya untuk mengadakan konsert di sini. Tapi, rasa kagum saya terhadap Almarhum P Ramlee, membuat saya berfikir sangat panjang.

Saya ingin mendapat rakan yang sejiwa dengan keinginan saya dalam konsep dan segalanya. Terlalu kagum saya dengan ilham ‘genius’ dalam karya-karya seninya dan kisah semasa hidup Almarhum yang amat menginspirasi saya dalam bermuzik.” tulisnya.

Malah, Melly juga memberitahu dia baru mengetahui yang seniman lagenda itu mempunyai darah keturunan Aceh.

Sebagai info, konsert komposer dan penyanyi yang diberi nama Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur itu akan berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 3 Februari tahun depan.

Baca: “MashaAllah, cantiknya!” –  Badan Semakin Kurus, Ramai Terpegun Lihat Transformasi Melly Goeslaw

Melly Goeslaw Kurus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.