in

“MashaAllah, cantiknya!” – Badan Semakin Kurus, Ramai Terpegun Lihat Transformasi Melly Goeslaw

Melly Goeslaw Kurus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi anak-anak yang membesar pada era 2000-an pasti kenal dengan lagu-lagu dari negara jiran kita iaitu Indonesia, di ketika itu banyak filem-filem romantik dari negara tersebut yang ditayangkan di sini.

Filem-filem seperti Ada Apa Dengan Cinta dan Heart mempunyai runut bunyi atau soundtrack yang amat digemari malah dinyanyikan sehingga ke hari ini.


Pasti ramai yang mengenali Melly Goeslaw, seorang penyanyi dan komposer yang terkenal dan beliau merupakan sosok yang bertanggungjawab mengeluarkan lagu-lagu chart topping hits seperti My Heart dan Ku Bahagia.

Beliau kini masih lagi bergiat aktif dalam industri seni muzik di negara jiran dan mengeluarkan banyak soundtrack untuk filem-filem serta telefilem di Indonesia.

Baru-baru ini, beliau berkongsi imej terbarunya dan beliau kelihatan ramping dan semakin cantik, ramai netizen serta rakan artis yang kagum dengan transformasi beliau itu.

https://www.instagram.com/p/CimnMWNPfi1/?utm_source=ig_web_copy_link

Malah, ada yang turut memuji beliau kini kelihatan lebih muda berbanding usianya yang kini sudah pun mencecah 48 tahun.

Mgk

Difahamkan, menurut perkongsian dalam Instagram miliknya, beliau telah menjalani pembedahan bariatrik untuk mendapatkan badan yang lebih sihat dan langsing.

https://www.instagram.com/p/CgIvMKzgrt0/

“Doakan aku bisa kuat jalaninnya yaa, langsing adalah impian setiap wanita ,tapi untuk seusia aku sekarang yang penting sehat, masih bisa produktif berkarya dan hidup bahagia sama suami dan anak2.” tulisnya.

Semoga Melly terus sihat dan terus keluarkan karya-karya yang hebat!

Baca: “Tak ada Goyang Dumang dah” –  Cita Citata Sudah Berhijab, Ingin Tinggalkan Muzik Dangdut

Cita Citata Berhijab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.