in

“Terlalu banyak campur tangan…” – Dakwa Bukan Kali Pertama, Isteri Faisal Halim Dedah Punca Failkan Cerai

isteri faisal halim punca cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Heboh di media sosial susulan tular laporan mengenai isteri kepada bintang terkenal Selangor FC Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril memfailkan perceraian hari ini.

Perkara itu dikatakan selepas media mendapati pasangan itu mempunyai sebutan kes di Mahkamah Rendah Syariah Klang.


“Saya pernah diceraikan sebelum ini”

Susulan itu, Syazwani tampil bersuara mendedahkan hal sebenar yang terjadi dalam rumah tangganya.

Artikel berkaitan: Nama Tersenarai Dalam Mahkamah Syariah, Isteri Faisal Halim Tuntut Cerai?

Artikel berkaitan: Siasatan Kes Serangan Asid Terhadap Faisal Halim Diklasifikasikan Sebagai NFA

ohmedia 1 7 756x600.png

Menerusi satu perkongsian di Instagram Storynya, Syazwani berkata tindakan memohon cerai yang dibuat terhadap suaminya bukanlah satu keputusan mudah.

Jelasnya, dirinya sudah banyak berkorban untuk keluarga termasuk sentiasa memberikan sokongan terhadap suami ketika susah dan senang.

“Saya telah berkorban seluruh jiwa saya untuk keluarga saya, dari susah sehingga berjaya, dari tidak dikenali kepada seorang yang dipuja, dari sakit sehingga sihat dan kembali ke tahap terbaik,” tulisnya.

Dedahnya, dia pernah melalui episod perceraian sebelum ini dan sedaya upaya mempertahankan hubungan mereka namun tidak berhasil akibat campur tangan pihak ketiga.

“Bukan mudah untuk saya. Malah ini bukan kali pertama, saya pernah diceraikan sebelum ini.

“Saya cuba pertahankan tapi terlalu banyak campur tangan dan onak dalam kehidupan saya,” ujarnya.

Katanya, dia sudah dipulangkan kepada keluarga dan ibunya disuruh untuk mengambilnya.

“Ibu saya disuruh untuk mengambil saya, saya telah dipulangkan kepada ibu saya. Walaupun berat hati, saya ikut kehendak dia.”

Screenshot 2025 09 02 171816

Sekadar info, Faisal dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Khalish Aryan yang kini berusia lima tahun.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.