Keberanian seorang warga emas berusia 89 tahun memanjat turun sebuah bangunan apartment di Beijing, China baru-baru ini telah menjadi perhatian ramai.
Menurut laporan South China Morning Post, warga emas wanita itu difahamkan pada mulanya telah terperangkap di dalam bilik tidur di apartment tersebut yang terletak di tingkat 27.
Oleh kerana dia tinggal berseorangan di apartment tersebut dan telefon bimbitnya pula pada ketika itu berada di luar bilik, dia memutuskan untuk keluar menerusi tingkap dan memanjat bahagian luar bangunan itu untuk turun ke bawah bagi menyelamatkan diri.
Namun, nasib nenek ini baik kerana seorang pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan telah melihat dirinya yang sedang berpaut pada jeriji tempat letak unit luar penyaman udara.

Artikel Berkaitan: Kaki Terpaksa Dibalut, Kucing Ini Pernah 2 Kali Jatuh Dari Tingkat 7
“My clingy baby” – Nabila Huda Menangis Kucing Kesayangan Hidap Penyakit Kronik Akhirnya ‘Pergi’
Pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan itu kemudiannya telah menghubungi pihak polis untuk menyelamatkannya.
Mereka turut menjerit kepada nenek tersebut agar warga emas berkenaan kekal di posisi untuk memudahkan pasukan penyelamat menyelamatkan mangsa.
Namun, warga emas ini dilihat tetap memanjat turun bangunan itu sehingga ke tingkat 21.
Warga emas berkenaan kemudiannya berjaya diselamatkan oleh bomba dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Rata-rata warganet telah memuji keberanian dan kekuatan nenek itu yang berusia 89 tahun untuk memanjat turun bangunan itu kerana umum mengetahui untuk berbuat demikian, seseorang itu perlu mempunyai kekuatan tangan yang luar biasa terutamanya jika memanjat bangunan tanpa tali keselamatan.
Sumber: South China Morning Post
