in

[TERKINI] Malaysia Catat 6,806 Kes Positif Harian, Tertinggi Setakat Ini!

Hisham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes harian Covid-19 yang dicatatkan hari ini, 20 Mei sekali lagi mengejutkan rakyat Malaysia dengan peningkatan mendadak sebanyak 6,806 kes!


Perkara ini telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi Twitter peribadinya.

Berdasarkan data yang dikongsi, Selangor masih lagi merupakan negeri dengan kes tertinggi sebanyak 2,277 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 655 kes dan Johor 615 kes.

Bukan itu sahaja, Sarawak juga menunjukkan peningkatan yang mendadak dengan mencatatkan sebanyak 608 kes hari ini berbanding, 323 kes semalam.

189121090 4381662995190888 1186584143498152251 N

Rata-rata netizen yang terkejut melihat angka ini meminta agar kerajaan menjalankan lockdown sepenuhnya di seluruh negara dengan harapan dapat menurunkan penularan wabak ini.

 

Baca: [TERKINI] Kes COVID 19 Melonjak Ke Angka 6,075, Kes Harian Tertinggi Setakat Ini

Dg Hisham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.