in ,

[TERKINI] Pesakit Disyaki Positif Covid-19 Bunuh Diri Di Hospital Serdang

Berita yang tak enak didengar!

Seorang pesakit yang sedang dalam pemerhatian kes Covid-19 di Hospital Serdang dilaporkan membunuh diri semalam.

Insiden itu merupakan kes pertama di negara ini dan dicatatkan satu daripada beberapa kes sama dilaporkan di seluruh dunia, lapor FMT.

Sumber hospital tersebut mengesahkan perkara itu, bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut sementara menunggu kenyataan rasmi pihak pengurusan hospital berkenaan.

Dilaporkan pihak pengurusan akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian tersebut hari ini.

Mangsa yang merupakan seorang lelaki dimasukkan ke hospital berkenaal awal semalam, malah keputusan saringan juga masih belum diketahui.

Allahuakbar!

Baca :“China ni kerja nak menipu je!”  [Video] Hospital Di China Tak Nak Terima Pesakit Covid-19 Sebab Nak Maintain ‘Zero Kes Baru’?