Macam yang korang tahu, kes Covid-19 di China dah berkurang. Malah, semua kes baru sekarang ni yang ada dekat sana adalah dari pelawat luar dan bukan penduduk tempatan di China.
So basically, dekat China sekarang, tak ada langsung kes baru (zero new case). Hospital-hospital sementara yang dibina pun semua dah tutup sebab mostly pesakit-pesakit dah sembuh.
Pun begitu, baru-baru ni tular satu video menunjukkan salah sebuah hospital di sana didakwa tak nak terima mana-mana pesakit yang ada simptom Covid-19 sebab dorang nak tunjuk dekat dunia yang dorang dah bebas dari wabak ini.
Macam yang korang boleh tengok dekat bawah ni, dikatakan satu keluarga mengamuk dengan staf di hospital kerana dorang ada simptom Covid-19 tapi hospital tak nak terima dan rawat.
Hospital refuses to admit #CCPVirus patient as they want to keep "zero new case" record. Upset family starts a fight with staff, on Mar. 23, Not sure which hospital.
Click here for more : https://t.co/fSwmxEsPYp#COVID2019 #Coronavirus #CoronavirusOutbreak #CoronavirusPandemic pic.twitter.com/uUGQTEgEgt— Inconvenient Truths by Jennifer Zeng 曾錚真言 (@jenniferzeng97) March 23, 2020
Beberapa netizen juga telah mengeluarkan fakta tentang penipuan-penipuan China sebelum ini:
- Rahsiakan wabak sejak November 2019
- Hukum orang yang sebarkan berita tentang wabak ini
- Tolak pertolongan dari US dan negara lain
- Biarkan orang yang kena jangkitan bercuti di negara lain
- Sebarkan berita palsu mengenai asal virus Covid-19
- Gunakan racism untuk elak dari bertanggungjawab
- Rahsiakan penyeksaan terhadap etnik Uighur
Pun begitu, beberapa netizen turut mengatakan yang video dekat atas ni fake sebab kalau betul dorang tak nak admit pesakit Covid-19, kenapa staf dekat hospital ni berani datang dekat dengan lelaki tu. Tak takut berjangkit ke?
Apa-apa pun, sebabkan China dah banyak sangat tipu, kita susah pulak nak percaya dekat China sekarang dah tak ada kes langsung. Korang rasa camna?
Baca: PERHATIAN! Kes Covid-19 Catat Angka 531,698 Seluruh Dunia, Amerika Kini Atasi China