in

Penjawat Awam Dapat Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 6 Mei Ini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penajawat awam Gred 56 dan kebawah akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM 500 .


Dalam kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pemberian bantuan khas itu termasuk kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP, lapor Utusan.

Malah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan pesara dari sektor kerajaan pula bakal menerima sebanyak RM 250

“Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.”

Pemabayaran bantuan khas ini akan dibuat sekaligus dengan gaji untuk bukan Mei (6 haribulan nanti).

Menurut kenyataan itu, pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal daripada tahun-tahun sebelum atas keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Jelasnya, kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

 

Baca : Kerajaan Akan Beri Bantuan Khas Sehingga RM500,000 Jika Penerima Vaksin Terima Kesan Sampingan Serius

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.