in

[TERKINI] ‘Penghantar Hamper’ Mengaku Tidak Bersalah Menyimbah Asid Kepada Anggota Polis Depan Rumah Di Kuantan

Combine Asid Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, viral video melibatkan seorang individu yang menyamar sebagai ‘penghantar hamper’ telah bertindak menyimbah cecair dipercayai asid kepada seorang anggota polis yang dikenali sebagai Sarjan Kamarul Zaharin Abdullah, 51 di hadapan kediamannya kira-kira jam 6.10 petang, Isnin lalu.


Asid Bernama No Mosaic

Suspek dikenali sebagai Aziz Mohd, 41 yang merupakan seorang pemandu ‘towing’ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dengan tindakannya beberapa hari lalu.

Pengakuan suspek yang berasal dari Kemaman, Terengganu ini direkodkan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Suspek didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga didenda atau sebat, jika sabit kesalahan, lapor Bernama.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM 20,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri di balai polis yang berdekatan sebulan sekali dan dilarang menganggu mangsa atau saksi pendakwaan

Susulan daripada itu, mahkamah telah menetapkan 6 April untuk sebutan semula kes

Semoga tertuduh mendapat hukuman yang sepatutnya..

Baca : [KUANTAN] Pura-pura Jadi Penghantar Hamper, Sebelum Simbah Asid Kepada Anggota Polis

Asid

 

 

Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.