in

[TERKINI] Pengembara Dari Negara Risiko Tinggi Kena Pakai ‘Tracker’ Sepanjang Kuarantin – KJ

Ft Kena Pakai Tracker Masa Kuarantin Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi sidang khas sebentar tadi menetapkan bahawa mana-mana pengembara yang tiba dari negara berisiko tinggi di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) KLIA akan dipakaikan satu peranti pengesan digital sepanjang tempoh kuarantin.


 

Perlu jalani swab test tambahan

0829Rskj 1630191659

Malah, mereka juga perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 tambahan jenis RTK-Ag secara profesional iaitu pada hari ketiga dan hari kelima dari tarikh ketibaan.

Tambah beliau, sekatan sementara terhadap 8 negara yang dikenal pasti sebelum ini dikekalkan namun Laluan Perjalanan Vaksinasi Darat (VTL-Land) di antara Malaysia dan Singapura diteruskan.

Ia susulan dengan pengesanan satu kes varian Omicron yang melibatkan seorang pelajar bukan warganegara dari Afrika Selatan melalui Singapura berusia 19 tahun selepas tiba di PMA KLIA dan menjalani RT-PCR Covid-19 pada 19 November lepas.

Beliau menegaskan bahawa kes ini sampai ke Malaysia sebelum varian ini dapat dikesan kes pertamanya di Afrika Selatan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Oleh itu, Khairy Jamaluddin menggesa kepada orang ramai agar mendapatkan suntikan vaksin bagi yang masih belum menerima lagi dan dapatkan janji temu vaksin dos penggalak apabila telah diberikan janji temu.

 

Baca : [TERKINI] Varian Omricon Telah Dikesan Di Malaysia – KJ

Kj 1

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.