Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 1,210 kes baru telah dilaporkan hari ini (17 November 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 49,730 kes.
Dari 1,210 kes ini, 1,191 adalah kes tempatan dan 19 kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 13,806 kes.
Manakala 105 pesakit berada di ICU dan 40 kes memerlukan bantuan pernafasan.
5 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian sebanyak 318 kes.
1,018 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 36,624 kes.
Baca: [TERKINI] 822 Kes Positif, 769 Kes Sembuh & 2 Kematian Dilaporkan Hari Ini