Satu lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sebentar tadi. Pesakit merupakan kes ke-152 dan lelaki warga tempatan berusia 58 tahun dari kluster kes tabligh.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah, mangsa meninggal dunia ada jam 6.27 petang hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga (3) kes. Mangsa telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.
Pada hari yang sama, mangsa diberikan bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Kesihatannya merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia hari ini, 20 Mac 2020.
https://www.facebook.com/578835322140360/posts/3147024498654750/?d=n
Al Fatihah, takziah buat keluarga arwah…