in

[TERKINI] Malaysia Catat 2 KEMATIAN Akibat Covid-19

Covid Kematian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua kematian direkodkan di Malaysia disebabkan wabak Covid-19 hari ini, lapor Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.


Menurut kenyataan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dua kematian dilaporkan akibat Covid-19 itu merupakan kes ke-178 dan kes ke-358. Berikut adalah maklumat tentang kedua-dua mangsa.

 

Kes pertama: 

  • Kes ke-178 lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang telah hadir ke perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.
  • Mula bergejala sejak 5 Mac lalu dan dan dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac selepas disahkan positif COVID-19. Keadaan merosot dan dimasukkan ke ICU sebelum disahkan meninggal dunia hari ini.

Tabligh Covid

 

Kes kedua: 

  • Kes ke-358 paderi dari Kuching, Sarawak berusia 60 tahun dan mempunyai sejarah kronik.
  • Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac lepas.
  • Kesihatan mula merosot dan dimasukkan ke ICU. Hari ini disahkan meninggal dunia.
  • Seramai 193 orang kontak rapat mangsa telah pun dikenalpasti dan sedang menjalani kuarantin di rumah.

Kematian

Batist

Sarawak mencatatkan 11 kes positif Covid-19 hari ini.

Baca: [TERKINI] 125 KES BARU & Majoriti Pesakit Dari Perhimpunan Tabligh, Malaysia Kini Catat 533 Jumlah Kes Covid-19

Corona New Case

Sumber: Lobak Merah
Sumber: WOB

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.