in

Tengku Zafrul Umum 2023 Bakal Menjadi Tahun Mencabar Untuk Semua Negara Sebab…

Dx

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Aziz baru-baru ini telah mengumumkan bahawa 2023 bakal menjadi tahun yang mencabar untuk semua negara termasuklah negara Malaysia.

Menurut FMT, dia telah memberitahu hal tersebut semasa persidangan media dan mengatakan bahawa bajet 2023 perlu dirangka dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku yang mampu memberi impak negatif terhadap ekonomi negara.


“Tahun depan mungkin mencabar. Apa yang berlaku di US, China dan Eropah juga akan memberikan impak kepada ekonomi dunia, termasuk Malaysia.”

Dia juga memberitahu bahawa ada beberapa kesan krisis kewangan 2008 telah dikurangkan disebabkan China telah mengambil 8% dari pertumbuhan ekonomi. Namun, dia berkata juga semua ekonomi utama di dunia dijangka perlahan pada masa yang sama tahun depan.

Download 4

“Ekonomi Eropah, Amerika Syarikat dan China dijangka akan perlahan pada tahun 2023 berbanding 2022, tapi ini hanya ramalan.”

Dalam menafikan dakwaan krisis ekonomi negara, Tengku Zafrul telah mengatakan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat pada 5% pada suku pertama dan 8.9% pada suku tahun kedua, tahun ini.

Perang Russia-Ukraine faktor besar krisis ekonomi dunia?

Tak dinafikan lagi bahawa peperangan antara Russia dan Ukraine boleh menjadi kemungkinan besar krisis ekonomi global. Seperti yang dikatakan oleh Gabenor Bank England, Andrew Bailey meletakkan semua situasi buruk itu pada Russia yang dituduh menyebabkan kemelesetan ekonomi global berlaku.

Poland Ukraine Russia Crisis Gettyimages 1238647296

“Harga tenaga meningkat hampir dua kali ganda sejak Mei lalu dan peningkatan itu tujuh kali ganda lebih tinggi daripada yang diramalkan setahun lalu. Ini semua disebabkan oleh sekatan bekalan gas oleh Russia ke Eropah.”

Seperti yang dikatakan oleh Tengku Zafrul, negara kita juga bakal terkena tempias dalam sektor ekonomi sekiranya kuasa besar ekonomi seperti Eropah merasai ekonomi yang parah seperti kejatuhan mata wang dan inflasi.

Apa-apapun jom kita bersedia untuk tahun depan..Kalau ada savings lebih baik simpan, mana tahu boleh guna semasa kecemasan kan?

Baca: “Simpanan tak cukup, kos sara hidup tinggi” – Pakar Ekonomi Saran Naikkan Umur Persaraan

Screenshot 2022 09 22 At 4.26.41 Pm

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.