in

[TERKINI] 125 KES BARU & Majoriti Pesakit Dari Perhimpunan Tabligh, Malaysia Kini Catat 533 Jumlah Kes Covid-19

Corona New Case

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia mencatatkan 125 pertambahan kes positif Covid-19, hari ini (16 Mac 2020). Menurut kenyataan terkini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ianya menjadikan jumlah kes di Malaysia meningkat menjadi 553 kes termasuk 42 yang telah sembuh dan discaj.


Dalam 125 kes yang dilaporkan itu, 95 daripada mereka dikaitkan dengan kes kluster daripada perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lepas.

Covid1 1

Berikut adalah keseluruhan 553 kes setakat ini:

  1. 511 sedang dirawat
  2. 42 telah sembuh

12 daripada 511 pesakit itu juga dilaporkan kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Adham Baba turut berkata,

KKM telah memasuki tahap pembendungan akhir iaitu membendung penularan jangkitan daripada menjadi lebih serius di Malaysia.”

Kes Baru

Dengan peningkatan yang mendadak sejak beberapa hari lepas, sudah semestinya kebanyakan rakyat Malaysia perlu berwaspada serta mengambil langkah berjaga-jaga. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh kita semua lakukan dalam menghadapi wabak Covid-19 ini:

Dah boleh start panik kan?

Baca: “Kalau tak cukup katil” – [COVID-19] Pesakit Melebihi 80 Tahun Atau Ada Sejarah Masalah Kesihatan di Itali Akan ‘Dibiarkan Mati’?

Itali Covid 19

Sumber: The Star
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.