Kawalan rentas di seluruh Sabah akan dilaksanakan berkuat kuasa mulai 3 Oktober jam 12.01 tengah malam ini sehingga 15 Oktober depan.
Menurut Harian Metro, perkara ini dimaklumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberitahu perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini.
Larangan rentas daerah di seluruh Sabah akan dilaksanakan berkuat kuasa mulai jam 12:01 malam 3 Oktober sehingga 16 Oktober depan.- @IsmailSabri60
— KKMalaysia???❤️ (@KKMPutrajaya) October 1, 2020
Namun katanya, perkhidmatan perlu (essential services) seperti keperluan bekalan makanan, perubatan, keselamatan dan lain-lain dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah.
“Sepanjang tempoh ini, mereka yang sedang dikuarantin dan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan.
“Bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini kekal berkuat kuasa seperti biasa.
“Sebarang sekatan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan oleh kerajaan negeri Sabah dari semasa ke semasa,” katanya.
Stay strong Sabah!