in

Mesyuarat Kabinet Terpaksa Dibatalkan, 5 Menteri Ini Kena Kuarantin Lepas Pulang Berkempen Dari PRN Sabah

Kuarantin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara pulang daripada berkempen di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada Sabtu lalu, lima menteri Kabinet dilaporkan sedang menjalani kuarantin mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disyorkan kerajaan.


Menurut Sinar Harian, lima menteri tersebut ialah:

  1. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 
  2. Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein 
  3. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin 
  4. Menteri Belia & Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican 
  5. Menteri Pertanian & Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee 

Susulan hal tersebut, dipercayai ia menjejaskan mesyuarat Kabinet yang sepatutnya diadakan semalam iaitu setiap hari Rabu, namun tidak dapat dilaksanakan ekoran rata-rata kebanyakan pemimpin perlu menjalani kuarantin.

Menerusi posting di Facebook, Ismail Sabri memberitahu yang beliau terus membuat ujian swab sebaik pulang dari Sabah dan perlu dikuarantin di rumah sehingga keputusan diperoleh. 

'Swab test' setibanya dari Sabah.Perlu kuarantin di rumah sehingga dapat result.Dengan izin Allah selepas result…

Posted by Ismail Sabri Yaakob on Selasa, 29 September 2020

Dalam pada masa yang sama, Hishammuddin juga telah diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani tempoh kuarantin di rumah bermula 28 September lalu selepas pulang dari Sabah.

View this post on Instagram

Memandangkan di Sabah baru-baru ini saya telah pergi ke Pitas bagi membantu kempen calon BN bagi DUN Pitas, Saudara Sufian Abdul Karim yang telah disahkan positif #COVID19, hari ini saya telah diarah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia agar jalani kuarantin diri di rumah biarpun saringan awal yang dibuat ke atas saya sebaik tiba dari Sabah tempoh hari negatif. . Saya tahu ada sebahagian jentera BN telah disahkan positif. Saya harap semua yang positif ini tabah dan segera beroleh kesembuhan. Biarpun semasa kempen tempoh hari setiap SOP telah dipatuhi namun kita berdepan dengan virus yang tidak boleh dilihat. Risiko dijangkiti tetap tinggi. Sebab itu saya kagum, biarpun sedar risiko ini, namun ia tidak sedikitpun melemahkan semangat jentera BN untuk berkorban demi agama, bangsa dan negara . Kepada semua yang baru pulang dari Sabah khususnya jentera BN, nasihat saya – pastikan jalani saringan COVID19 dan segera lapor sekiranya terdapat simptom. Seperti saya maklum, saya sendiri akan kuarantin diri di rumah. Sama-sama kita bantu usaha KKM tangani penularan wabak ini.

A post shared by Hishammuddin Hussein (@hishammuddinhussein) on

Apa-apapun marilah kita doakan semoga mereka ini tidak dijangkiti wabak COVID 19 dan dapat pulang bertugas seperti sediakala. Yang paling penting, duduk di rumah semasa dalam tempoh kuarantin ya! #Stayhome #Staysafe

Baca: “Tak betul” – Hishammuddin Nafi Khabar Angin Positif COVID 19, Kini Sedang Jalani Kuarantin Rumah

Onns

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.