in

[TERKINI] Lapan Warga China Dari Wuhan Yang Dikuarantin Di Johor, Sah Negatif Coronavirus

Featured 55

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini kecoh seorang individu dikatakan positif coronavirus dalam kes di Singapura, namun isu menjadi semakin kecoh lepas dikatakan 8 individu lain yang datang bersama pesakit telah memasuki Johor Bahru.

Namun korang tak perlu risau sebab kesemua individu tersebut telah diasingkan di sebuah hotel di Johor Bahru dan pasukan kesihatan kita sedang pantau rapat kesemua individu tersebut.


Negatif coronavirus!

Dalam perkembangan terbaharu, dilaporkan kesemua 8 individu yang berasal dari Wuhan China itu disahkan negatif wabak coronavirus, lapor Berita Harian.

2 18
Sumber: sinar harian

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia, Aminolhuda Hassan, susulan ujian klinikal yang dijalankan Jabatan Kesihatan Johor hari ini.

Kesemua lapan warga China membabitkan empat dewasa dan empat kanak-kanak itu akan dipantau Jabatan Kesihatan Johor selama 14 dengan pergerakan mereka dihadkan hanya di sekitar hotel sahaja,”

“Berdasarkan saringan dibuat, kita dapati kesemua mereka adalah sihat dan tidak mempunyai sebarang simptom virus ini”

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan Singapura malam tadi mengumumkan mengenai seorang warga emas berusia 66 tahun dari Wuhan China yang sedang bercuti di negara itu sejak Isnin, disahkan positif coronavirus.

Malah anak lelaki kepada warga emas itu juga disyaki dijangkiti virus berkenaan namun kini menerima rawatan di hospital di Singapura.

Mereka turut hadir bersama lapan lagi individu lain yang kemudiannya memasuki Johor Bahru sejak semalam.

1 26
Sumber: bernama

Pada masa sama kerajaan Johor mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Singapura atas perkongsian maklumat berhubung lapann individu tersebut.

“Jadi dengan bantuan itu kita berjaya mengesan kesemua lapan warga China itu di sebuah hotel di bandaraya ini, dengan ujian klinikal dan pemantauan teliti dilaksanakan serta-merta.”

 

So korang jangan risau okey!

Baca : 500 dijangkiti, 17 kematian- Misteri Terjawab! Ular Didakwa Punca Coronavirus Di China

Cor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.