Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 869 kes baru telah dilaporkan hari ini (10 November 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 42,050 kes.
Sabah mencatat kes tertinggi dengan 397 kes diikuti Selangor 236 kes dan Negeri Sembilan 141 kes.
Dari 869 kes ini, 868 adalah kes tempatan dan 1 kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 11,446 kes.
Manakala 82 pesakit berada di ICU dan 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.
6 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 300 kes.
725 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 30,304 kes.
Baca: [TERKINI] Naik Balik! 1,054 Kes Positif Baru & 12 Kematian Dilaporkan Hari Ini!