in

“Memang cari pasal” – 600 Budak Sekolah Rendah Kena Buat Saringan Gara-gara Cikgu Datang Sekolah Walaupun Tengah Sakit

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah sekolah di Kepala Batas, Pulau Pinang, SK Permatang Janggus terpaksa ditutup selama lapan hari selepas seorang guru wanita disahkan positif Covid-19.


Arahan penutupan ini dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang semalam kerana bimbang penularan menjadi lebih serius.

Apa yang menyedihkan, kesemua murid sekolah rendah ini perlu menjalani ujian saringan Covid-19 tersebut semalam.

Sk Janggus 1601548528

Menurut Berita Harian, guru wanita tersebut dilaporkan tak sihat ketika di sekolah sebelum dia pergi mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Kedah.

Difahamkan juga, guru wanita ini merupakan isteri kepada seorang ahli politik Kedah yang baru pulang selepas berkempen di Sabah untuk Pilihan Raya Negeri baru-baru ini.

Ekoran ini, netizen telah menyatakan rasa tak puas hari serta kesian kepada kanak-kanak sekolah itu yang terpaksa menjalankan swab test.

Screenshot 2020 10 02 At 1.22.33 Pm Down

 

Baca: Covid19 : Kes Di Utara Semakin Teruk? Sebuah Lagi Sekolah Di Perlis Diarahkan Ditutup

Screenshot 2020 10 02 At 1.33.27 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.