in

[TERKINI] Barisan Nasional Pecat Annuar Musa Sebagai Setiausaha Agung & Ganti Dengan Ahmad Maslan?

Collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Barisan Nasional telah memecat Tan Sri Annuar Musa sebagai setiausaha agung gabungan mereka.


Dia juga telah dibuang sebagai wakil Umno dalam Muafakat Nasional.”

Sumber dalam turut memberitahu, Ahmad Maslan akan menggantikan Annuar sebagai Setiausaha Agung BN, lapor FMT.

De9A78A0C91Ae2D665390Da5Ec2F4Aad.jpgs900

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Ketereh ini telah banyak mendapat kritikan dari ahli-ahli Umno selepas beliau berkata yang dia sanggup dibuang dengan harapan kerjasama antara parti-parti Melayu dan kerajaan PN dapat dikekalkan.

553 1

Disebabkan ini, Ketua Pemuda Umno Pasir Puteh Muhammad Saifullah Ali telah meminta Umno untuk membuang Annuar dari parti serta mengambil tindakan tegas terhadap Annuar kerana dia kelihatan seperti menjadi jurucakap untuk PPBM.

Tak cukup dengan itu, Timbalan Ketua Umno Johor, Nur Jazlan turut mengkritik Annuar, mengatakan yang Menteri Wilayah itu sudah “mati” dalam soal perjuangan Umno.

Pun begitu, setakat ini Annuar Musa masih belum memberikan apa-apa komen lagi setakat ini.

 

Baca: “Bas percuma untuk warga Putrajaya bermula 1 November untuk kurangkan beban sara hidup” – Tan Sri Annuar Musa

Screenshot 2021 01 05 At 2.03.48 Pm

Sumber: MalaysiaKini
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.