in

“Terkejut saya!” – Siti Nurhaliza Kongsi Detik Cemas Hampir Nak Langgar Pelayan Bawa Dulang Sebelum Persembahan

Lol 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau dikenali sebagai Tokti sangat sinonim di hati rakyat Malaysia dimana beliau merupakan seorang penyanyi tersohor negara yang sudah lamanya bergiat aktif dalam bidang hiburan dan nyanyian.


Sudah tentu beliau mesti menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran sepanjang perjalanannya sebagai seorang penyanyi terkenal tanah air.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial video mengenai Tokti yang kelihatan sedang bersiap-siaga di belakang tabir untuk melakukan persembahan.

Hampir nak langgar pelayan

Video yang telah dikongsi di laman Instagram beliau sendiri memaparkan situasi cemas dimana beliau hampir terlanggar dengan seorang pelayan yang sedang membawa dulang berisi piring-piring makanan sebelum memasuki dewan untuk melakukan persembahan.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah hotel di Kuala Lumpur di mana pada malam itu, Tokti sedang menjayakan sebuah konsert kecil ‘Queen Of The Night’ yang diadakan bertujuan untuk menghiburkan anak-anak yatim serta golongan B40.

“Moment sebelum masuk dewan. Hehe terperanjat adik.”

Dua-dua terkejut, nasib baik tak terjatuh

Beliau juga menjelaskan kemungkinan pelayan tersebut tidak perasan dan terkejut dengan kelibatnya bersama dengan penari iringan di sebalik langsir.

“Saya pun rasa adik waiter tu terperanjat tengok saya.”

Beliau juga memanjatkan rasa syukur kerana tiada perkara yang buruk berlaku pada malam itu dan dapat membuat persembahan seperti biasa.

“Tapi Alhamdulillah, takde apa2 berlaku..pinggan tak pecah dan saya perform macam biasa.. heheheh..”

Netizen terhibur, puji Tokti sebab professional

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat situasi yang berlaku tersebut dan dirakam sendiri oleh adiknya, Siti Nursairah Tairudin.

Screenshot 2022 08 08 At 5.37.30 Pm

Ada juga netizen yang memuji Tokti atas sikapnya yang professional ketika berhadapan dengan situasi seperti itu. Kalau min mesti dah terbalik dah dulang tu sebab terkejut!

Screenshot 2022 08 08 At 5.37.57 Pm

Turut dilihat beberapa rakan artis yang memberi reaksi di ruangan komen dan rata-rata mereka terhibur dengan situasi tersebut.

Screenshot 2022 08 08 At 5.37.04 Pm

Apa-apapun yang terjadi, Tokti memang terkenal dengan sifat lemah-lembutnya dan tidak cepat melatah. Salute Tokti!

Baca: “Abang nak tolong orang susah…”- [VIDEO] Netizen Terharu Cucu Siti Nurhaliza Nak Sedekahkan Duit Raya

Screenshot 2022 08 08 At 5.34.56 Pm

 

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.