in

“Abang nak tolong orang susah…”- [VIDEO] Netizen Terharu Cucu Siti Nurhaliza Nak Sedekahkan Duit Raya

Untitled Design 2022 05 13T135313.651

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat kanak-kanak pada hari raya, antara perkara yang paling menyeronokkan adalah mendapat duit raya. Jika kita imbau semula kenangan sewaktu kecil, kita juga akan beraya rumah ke rumah untuk mengumpul duit raya. Betul tak?


Sebelum ini, usahawan dan pengacara terkenal Neelofa menerusi TikToknya berkongsi tentang duit raya bernilai RM14k yang diterima oleh anak lelakinya, Muhammad Bilal. Posting tersebut menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Baru-baru ini, Tya Arifin yang merupakan usahawan makanan kesihatan juga menantu kepada Dato Seri Siti Nurhaliza turut memuat naik video anaknya, Arif Jiwa, membuka sampul-sampul duit rayanya dalam YouTube miliknya.

Dalam video berdurasi enam minit itu, kelihatan Arif sedang membuka sampul-sampul duit raya yang diterimanya sambil ibu bapanya menanyakan beberapa soalan. Dia juga berkongsi pengalaman berpuasanya.

Apa yang menarik perhatian netizen, kanak-kanak kecil itu sambil membuka dan mengira duit rayanya, dia sudah merancang untuk memberikan duit-duitnya itu kepada orang susah. Dia juga ingin memberikan sedikit kepada kedua ibu bapanya.

“MasyaAllah baiknya Arif!”

Sudah pastinya, perbuatan anak kecil itu membuatkan netizen terharu. Di ruangan komen, tidak lekang dengan komen-komen yang memuji sifat murah hati kanak-kanak itu, malah ramai juga yang memuji cara didikan kedua ibu bapanya.

Cucutokti

Wah, sopan santun betul lah Arif ni, pemurah pulak tu!

Baca: “Biasalah budak ada mood dia” –  [VIDEO] Ramai Netizen Marah Kanak-kanak ‘Kacau’ Gambar Raya

Tttantrum

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.