in

Teringin Nak Cuba Ultrasound Kehamilan Macam Ibu, Gelagat Kanak-kanak Perempuan Ini Buat Ramai Terhibur

F2 Knk Us

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekolah dulu mesti kita selalu guna ayat, “Anak-anak itu adalah cerminan ibu bapa” kan? Ayat ni memang selalu digunakan dalam karangan SPM.



Kanak-kanak di Indonesia ini nampaknya telah menjadi contoh penggunaan ayat tersebut dalam dunia nyata sebab dia dikatakan mahu mencuba buat ultrasound juga selepas melihat ibunya ke klinik untuk pemeriksaan kandungan menggunakan ultrabunyi tersebut.

Memetik laporan Suara.com, kanak-kanak perempuan terbabit mula mendapat perhatian netizen setelah videonya di klinik telah tular di TikTok lepas dikongsikan lolaanggraini baru-baru ini.

@lolaanggraini

♬ I’m Addicted To- SUBAG GOO – SUBAG GOO

Difahamkan, sebelum itu, kanak-kanak itu telah menemani ibunya ke klinik sebab maknya perlu menjalani pemeriksaan kandungan.

Namun, selepas ibunya selesai diperiksa, kanak-kanak tersebut mengatakan kepada doktor bahawa dalam perutnya juga ada bayi seperti ibunya. Jadi, doktor tu pun saja ajak budak tu untuk buat ultrasound jugak.

 

Knk Us 2

Dapat dilihat dalam video tu bahawa kanak-kanak berkenaan sedang berbaring di katil dan jururawat mengoleskan gel pada perutnya sebelum doktor membuat ultrabunyi.

Yang kelakarnya, kanak-kanak tu siap tengok dekat skrin jugak ketika ultrasound, kononnya nak dengar la penjelasan doktor tu tentang perutnya. Lawak betul tengok kerenah budak ni.

Ibu dan jururawat tersebut juga tertawa melihatkan gelagat kanak-kanak ni yang dah macam orang dewasa.

Knk Us 3

Rata-rata netizen juga terhibur dengan video tersebut dan ada yang kata untung adik tu sebab boleh main doktor-doktor dengan doktor perubatan sebenar.

Netizen yang lain pula turut memuji doktor tersebut yang layankan je gelagat kanak-kanak perempuan terbabit.

Betul la orang kata, kalau nak ajar budak, ajar lah dari kecil lagi sebab dorang ni memang suka tiru orang dewasa. So, ibu bapa kena ingat, lepas ni tunjuk benda yang baik-baik je tau kat anak-anak.  

Sumber: TikTok @Lolaanggraini, Suara.com

Baca: Degil Tak Dengar Nasihat Doktor Makan Asid Folik, Ibu Terpaksa Terima Hakikat Bayi Bakal Lahir Tanpa Tempurung

Knk Us 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.