in

Degil Tak Dengar Nasihat Doktor Makan Asid Folik, Ibu Terpaksa Terima Hakikat Bayi Bakal Lahir Tanpa Tempurung

Ft Baby 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk ibu mengandung mesti doktor akan suruh korang makan asid folik kan? Bukan saja-saja ahli perubatan menyuruh begitu, ada sebabnya.

Asid folik sangat penting untuk diambil terutamanya pada 12 minggu pertama kehamilan. Dalam 12 minggu pertama, ia dimakan sebagai usaha untuk mengelakkan masalah anencephaly (tiada pembentukan tulang kepala atau tengkorak) pada bayi, menurut Pa&Ma


Rujuk gambar di bawah.

Baby

 

Wanita menyesal tak ikut cakap doktor, kesannya pada bayi…

Lumrah bagi ibu-ibu yang sedang hamil mahukan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan. Pelbagai usaha dilakukan termasuk mula memakan makanan berkhasiat dan memakan supplement tambahan tapi supplement paling penting bagi seorang ibu yang bakal melahirkan ialah asid folik, sebabnya seperti yang diterangkan tadi.

Seorang ibu dari Indonesia berkongsi pengalaman mengenai anak ke-4 nya yang dikatakan lain seperti biasa. Ikuti kisahnya di video ini.

Lahir tanpa tempurung.

@medikacare.id

Anjuran Dokter/bidan itu sangat penting Bun 😣 #bumilpintar #janinsehat #edukasikesehatan #fypシ #berandafyp #berandatiktokterbaru

♬ Jikalau – Penyair Emosian

 

Jantungnya terdetik dengan baik. Sekali buat ultrasound nampak bayi membesar tanpa tempurung kepala. Ternyata ia kerana tak memakan asid folik.

Saya sedar tak pernah nak dengar saranan doktor.

Makan asid folik ya demi kesihatan ibu dan anak.”

Baby3

Menyesal dengan kedegilannya tak memakan asid folik mengikut saranan doktor, dia berkongsikan kisahnya di akaun Tiktok @channamix.id.

Menurutnya, doktor mengatakan kes seperti ini sudah banyak berlaku di sana. Jadi, dia menasihati para ibu di luar sana supaya mendengar nasihat doktor dan makanlah asid folik demi kesihatan anak dan ibu juga.

Baby5

Min dengar-dengar kalau memang rancang nak dapat anak lagi dah kena makan asid folik. Betul ke?

 

Baca : “Saya rasa seperti ada ikan berenang dalam perut” – Gara-gara Makan Sushi Dah ‘Masam’, Wanita Alami Halusinasi

Ft Sushi

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.