“Teringin jugak nak tengok lawa tahap mana” – Gadis Jurusan Syariah Mengaku Bercinta Dengan Suami Orang Demi Buat ‘Research’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sejak akhir-akhir ni, kerap sangat kita dengar cerita pasal curang. Tak kiralah sama ada lelaki mahupun perempuan yang curang. Tapi kes ni kes berat tau sebab ia meruntuhkan institusi rumah tangga dan beri kesan dalam pada anak-anak.

Terbaru min baca di page Luahan Orang Bujang ialah perkongsian seorang gadis yang juga pelajar jurusan syariah dan siri kecurangannya dengan beberapa suami orang atas dasar nak buat ‘research’. Kajian jenis apa pulak ni sampai kena bercurang bagai? 

 

“Saya sedang bercinta dengan beberapa orang suami untuk dijadikan sebagai ‘unknown respondents’ dalam kajian saya” 

Menurut gadis tersebut, dia kononnya kini sedang menjalankan satu kajian dan menjadikan suami orang sebagai responden dalam kajiannya. ‘Research’ gadis ini ialah berkaitan kecurangan suami dalam rumah tangga. 

Lebih panas hati ialah bila dia beritahu yang dia akan bercinta dengan mereka selama seminggu dan keluar berdua sebanyak 2 kali. Lagi pelik bila suami-suami orang ni semua jatuh cinta dengan dia dan siap nak ajak kahwin lagi.

Amboi ko dik! Pakai apa sampai lelaki-lelaki ni kemaruk sangat sampai ajak kahwin? 

Sumber: Facebook

 

“Ramai yang mengadu ingin dibelai dan inginkan kasih sayang” 

Berdasarkan so called kajiannya itu, gadis ini kemudian beri kesimpulan kenapa para suami melakukan kecurangan. Menurutnya, ramai lelaki merungut ingin dibelai dan diberikan kasih sayang. Ooo gitu… 

Tapi yang tak boleh tahan tu, gadis ni termengaku pulak yang dia dah tangkap cintan dengan suami orang yang dikatakan bekerja sebagai penguatkuasa JPJ di UTC. Pulak daaaah!

Sumber: Facebook

 

“Teringin nak tengok TT ni lawa tahap mana, jula juli bintang tujuh ke… sampai ramai sungguh laki orang ajak kahwin” 

Bila ada luahan macam ni, korang dah boleh dapat agak macam mana responnya kan. Semua apa lagi pakat membawang lah. Majoriti netizen wanita teringin sangat nak tengok bagaimana rupa gadis tersebut.

Lebih geli hati, admin kepada page tersebut siap stalk lagi dan cakap perempuan tu biasa-biasa saja orangnya. Tak adalah cantik mana. Amboi korang… 

Sumber: Facebook

 

“Disebabkan last paragraph tu… isteri-isteri penguatkuasa JPJ di UTC menukar profession menjadi MATO2 GOLAP” 

Sumber: Facebook

Apa-apapun min harap confession macam ni hanya sekadar cerita rekaan je lah. Kalau betul, memang tak patutlah perangai student macam ni. Aniaya golongan wanita sendiri. 

Nota: Gambar di atas sekadar hiasan.

Baca: Lelaki Menangis Bawah Hotel Lepas GF Kantoi Curang Dengan Pakcik Umur 50 Tahun Dekat Bilik Sebelah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!