in

Lelaki Menangis Bawah Hotel Lepas GF Kantoi Curang Dengan Pakcik Umur 50 Tahun Dekat Bilik Sebelah

Collage 55

Gara-gara musim hujan yang melanda beberapa negara Asia, salah satu bandar di Vietnam telah dilanda banjir. Kerana itu, banyak rumah di Hanoi telah mengalami potongan air.

Disebabkan itu, menurut Sin Chew Daily, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Aki ingin menyewa sebuah bilik hotel untuk menumpang mandi.

Man Rents Hotel Room To Take A Shower Discovers His Gf Cheating On Him With 50Yo Uncle Next Door World Of Buzz 2
Sumber: sin chew daily

Namun, kerana tak mahu bayar harga penuh hanya untuk tumpang mandi, Aki telah memujuk pengurus hotel untuk mengurangkan harga dan dia berjaya mendapat satu bilik bersebelahan seorang lelaki berusia 50 tahun.

Semasa dia masuk ke dalam bilik dan bersiap untuk mandi, dia dikatakan mendengar pasangan di bilik sebelah sedang melakukan hubungan seks. Biasanya kalau kat hotel kita dengar bilik sebelah tengah “sedap” kita buat bodoh je kan?

Tapi untuk Aki lain pulak, dia merasakan suara perempuan dekat bilik sebelah tu macam familiar je, sebijik macam suara teman wanitanya.

Man Rents Hotel Room To Take A Shower Discovers His Gf Cheating On Him With 50 Yo Uncle Next Door World Of Buzz 2
Sumber: sin chew daily

Tak boleh nak tahan rasa ingin tahu, Aki memberanikan diri untuk mengetuk pintu dengan harapan dia salah orang. Malangnya, bila pintu dibuka, Aki melihat teman wanitanya dalam dakapan seorang lelaki tua.

Pasangan ini kemudiannya mula bertengkar dan sebelum sempat pertengkaran mereka menjadi hangat, pekerja di hotel berjaya campur tangan dan meleraikan pergaduhan mereka.

Kecewa dengan apa yang dilihatnya, Aki terus meninggalkan hotel tersebut dan turun ke lobi sebelum jatuh ke tanah dan menangis kuat-kuat depan orang ramai.

Man Rents Hotel Room To Take A Shower Discovers His Gf Cheating On Him With 50Yo Uncle Next Door World Of Buzz 3
Sumber: sin chew daily

Tangisan Aki berjaya menarik perhatian orang disekelilingnya yang mula mengambil gambar lelaki yang sedang dalam kekecewaan ini.

Gambar Aki kemudiannya tular di media sosial dan mendapat simpati netizen. Ada yang cuba menenangkan lelaki ini dengan memberitahu dia akan bertemu dengan wanita yang lebih baik.

Ala kesiannya, dah lah tak sempat nak mandi!

 

Baca: Lupa Tutup FB, Ayah 4 Anak Kecewa Dapat Tahu Isteri Curang Dengan Beberapa

Screenshot 2019 10 23 At 2.55.39 Pm