in

Terima Tajaan Spotify, Jersi Barcelona Bakal Dihiasi Dengan Logo BTS?

Cats 17 E1659159667184

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu kelab terbesar di dunia, Barcelona difahamkan telah menjalinkan kerjasama dengan Spotify apabila syarikat itu akan memberi tajaan jersi dan penjenamaan semula selama 4 musim.



Ini bermakna, Barcelona akan menggunakan logo Spotify pada jersi mereka bermula musim hadapan. Sebelum tahun 2006, Barcelona mempunyai pendirian di mana mereka akan menolak sebarang nama penaja pada jersi mereka.

Namun kerana kos operasi yang terlalu tinggi, Barcelona meletakkan logo penaja pada jersi mereka sehingga ke hari ini. Perjanjian bersama Spotify ini akan mengubah nama Nou Camp kepada Spotify Nou Camp selama 4 musim. Difahamkan, perjanjian ini bernilai £235 juta.

Barcelona dan Spotify juga menyatakan mereka mahu mendekatkan lagi sukan bola sepak dengan muzik. Jadi, jersi Barcelona berkemungkinan akan memaparkan artis dari seluruh negara seperti BTS, Shakira, Justin Bieber dan ramai lagi.

 

Untuk rekod, sebelum ini Atletico pernah bekerjasama dengan Columbia Pictures. Perjanjian ini menyaksikan jersi Atletico dihiasi dengan pelbagai promosi seperti Spiderman 2, Peter Pan, Anaconda dan banyak lagi.

70F2878A0F0983443Ad9Cee91Eb73A21 1020X1024 1

 

Kredit: Korea Dispatch

BACAEnggan Bagi Tiket Pada Isteri Sendiri, Tindakan Lelaki Hadir Konsert BTS Dapat Perhatian

Capture 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.