in

“Terima kasih semua” – Sulli Ucap Terima Kasih Pada Orang Yang Beri Dia Kekuatan Untuk Hidup Dalam Nota Terakhir Di IG

Collage 42

Sejak Sulli ditemui mati dalam rumahnya kelmarin, ramai peminat berterusan bercakap tentang penderitaan yang perlu dia hadapi selama dia hidup.

Walaupun kematian Sulli ini mengejutkan ramai peminat-peminatnya, spekulasi mengatakan yang bintang pop ini telah menderita sakit kemurungan akibat dari gosip dan kecaman orang sekelilingnya.

Menurut Malay Mail, dalam program Truth Score tahun lepas, Sulli mengatakan dia sangat penat bila tak ada orang nak dengar apa yang dia cuba nak sampaikan.

Unnamed 1

Saya seolah-olah keseorangan dalam dunia ni. Saya cuba untuk lindungi diri saya tapi tak ada orang nak dengar.”

Kerana dia memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih “liberal”, Sulli telah menjadi sasaran pembuli siber yang tak setuju dengan cara kehidupannya lebih-lebih lagi pemilihan pakaian bila dia sering memilih untuk tak memakai bra.

Bulan lepas, Sulli ada memuat naik satu nota tulisan tangan di Instagram menunjukkan dia cuba untuk lawan penderitaan emosi dan mental yang dialaminya dengan bantuan kawan-kawan dan orang-orang tersayang.

Sulli Letter World Of Buzz
Sumber: malay mail

“Hari ini adalah tahun ke 14 saya berada dala industri hiburan. Saya terlalu sibuk menjalani kehidupan sampai saya lupa berapa lama saya dah berada dalam industri. Tapi terima kasih untuk orang-orang yang selalu doakan kesihatan saya, saya rasa diingati.

“Setiap saat, saya dibantu oleh orang untuk meneruskan hidup. Dengan bantuan mereka, saya ada keberanian untuk terus hidup dan merasakan yang hidup ini bukan untuk saya tempuh sorang-sorang.

“Saya nak jadi seseorang yang berikan semangat untuk orang lain dan saya nak berterima kasih kepada semua orang.”

Setakat ini pihak siasatan awal pembedahan siasat tak ada menunjukkan yang Sulli dibunuh dan pihak polis berhasrat untuk menutup kes kematian Sulli secepat mungkin.

 

Baca: “Siapa buli patut kena tangkap” – Polis Jumpa Nota Tulisan Tangan Penuh Dengan Luahan Perasaan Sulli Tapi…

Screenshot 2019 10 16 At 4.35.21 Pm