in

“Terima kasih sebab pernah tolong akak” – Siti Jamumall Bagi Sokongan Moral Buat Mia Sara, Mohon Henti Sebarkan Aib

Ft Mia Sara Nasuha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kontroversi yang melibatkan pelakon Mia Sara sejak minggu lalu dilihat masih belum berpenghujung, boleh dikatakan ia adalah topik utama buah mulut netizen di media sosial sekarang.

Ia sekaligus membuatkan personaliti media sosial, Siti Jamumall mengimbau kembali sikap murni pelakon cilik popular itu saat dirinya sedang sarat hamil.


Artikel berkaitan: “I sedih bila baca orang kutuk u” – Siti Jamumall Luah Rasa Sedih Aiman Dikecam Teruk

Artikel berkaitan: “Sampai termuntah” – Dato Vida Rawat Siti Jamumall Guna Ayat Al-Quran

“Mia ni budak baik”

Dalam video berdurasi 22 saat, Siti Jamumall menunjukkan video Mia Sara Nasuha seperti sedang melakukan satu sesi live untuk menjual barang.

Video tersebut dilampirkan dengan pesanan dan sokongan moral buat Mia Sara agar sentiasa kuat dalam mengharungi ujian selain menyatakan Mia Sara seorang wanita yang baik dan rajin bekerja sejak dari kecil lagi.

“Semoga dipermudahkan segalanya Mia, akak harap kau terus kuat lalui segala ujian, terima kasih sebab pernah tolong akak masa akak tak larat nak meniaga sebab dah sarat mengandung.”

“Mia budaknya baik. Hampir 5 tahun Siti mengenai beliau dia seorang budak yang rajin, kecil-kecil dah pandai mencari rezeki. Tak kekwat langsung, itu apa yang Siti kenal. Akak tahu kau kuat, kau boleh hadap! Please jaga diri ya.”

@sitijamumall

siti suka satu statement ni dari ym.tunku.luqman —- Bila tersebarnya aib seseorang, cukup ambil tahu dan BERHENTI sebarkannya. Tugas kita adalah DIAM & BERHENTI sebarkan. Dan ini lah ujian kita. Tahukah kamu? Bila kamu sebar aib orang, maka aib kamu jugak akan terselak suatu hari nanti. Itulah ‘hutang’ yang akan kejar kamu setiap hari. Bukan abang kata, tapi lihat hadis ini: “Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang muslim, nescaya ALLAH AKAN MEMBUKA AIBNYA walaupun dia berada DI DALAM rumahnya.” (HR Imam al-Tirmidhi) 1/2@Mia Sara Nasuha

♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Dalam pada itu, Siti juga memohon kepada orang ramai agar berhenti untuk sebarkan aib dan mendoakan jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Sebelum ini, persengketaan antara pelakon Puteri Balqis dan Mia Sara Nasuha menjadi tumpuan selepas Puteri Balqis ada memuat naik satu hantaran mengenai Mia Sara.

Isu ini menjadi semakin hangat apabila gambar wanita mirip Mia Sara tersebar luas di Threads memperlihatkan wanita itu berparti sakan di kelab malam dan meneguk minuman beralkohol.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.