in

“Terima kasih atas gelaran b*tch” – Nora Dakwa Terima Hinaan Dari Keluarga Suami?

Syaz Ft 2024 12 04T143132.264

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada bulan September lalu, penyanyi senior, Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram.

Meskipun perceraiannya itu penuh kontroversi, namun pasangan itu kini dilihat semakin bahagia bersama.


Artikel berkaitan: Nora Sahkan Sudah Rujuk Dengan Dr. Rushdi, Harap Perkara Lama Tidak Berulang Lagi

Artikel berkaitan: “Hidup perlu diteruskan” – Nora Ariffin ‘Update’ IG Story Sambung Kerja

Pun begitu, baru-baru ini Nora dalam satu kenyataan di media sosial mendedahkan bahawa dia digelar dengan makian jahat oleh keluarga suaminya.

Cats 3

“Saya dan anak-anak akur dan terima dengan hati yang tabah. Ujian untuk kami. Moga Allah ampuni dosa-dosa saya, sabarlah ya Rushdi Ramli,” tulisnya.

Pun begitu, kenyataannya itu dikongsikan semula oleh individu yang difahamkan anak kepada suaminya yang menafikan kenyataan pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu.

11

“Apa yang kau cuba sampaikan? Bila pula mana-mana antara kami memanggil kau dengan nama sebegitu? Kenapa tiba-tiba nak petik nama kitorang? Apa kami dah buat?

Rasanya dah banyak kali sangat dia mencuba untuk burukkan keluarga aku. Lagi buat diam lagi seronok dia ek,” tulis individu berkenaan.

Pun begitu, setakat ini masih belum ada kenyataan lanjut daripada Nora berkenaan isu tersebut.

Sumber: Instagram, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.