in

“Hidup perlu diteruskan” – Nora Ariffin ‘Update’ IG Story Sambung Kerja

Syaz Ft 2024 08 16T163722.244

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, industri hiburan tanah air kecoh apabila penyanyi senior, Nora Ariffin diceraikan menerusi sebuah video yang dihantar kepadanya.

Pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu kemudiannya memuat naik video berkenaan di laman Instagram miliknya serta akur dengan tindakan suaminya, Dr. Rushdi Ramli.


Pun begitu, hari ini menerusi laman Instagram miliknya, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin yang berusia 51 tahun itu memuat naik IG Story mengatakan ‘hidup perlu diteruskan’.

Artikel berkaitan: “Ustaz tidak bersalah” –  Nora Dakwa Suami Dipaksa Lafaz Cerai Tanpa Sebab

Artikel berkaitan: “Tak terfikir untuk hidup mewah dgn jalan pintas” –  Nora Ariffin Jawab Dakwaan Sudah Bernikah Dengan Menteri Wilayah?

Cats 20

Dalam hantaran itu, Nora memuat naik gambarnya dengan seorang wanita beserta kapsyen ‘kembali bekerja, hidup mesti diteruskan’.

Selepas perceraiannya itu, Nora dilihat kurang selesa isu talak menjadi bahan sensasi, penyanyi senior itu enggan memanjangkan hal rumah tangganya dan tidak memberi sebarang maklum balas.

Dia dalam pada itu memohon maaf kerana tidak mengulas lanjut isu berkenaan memandangakan tujuan asal berkongsi mengenai status perkahwinan mereka adalah bagi mengelakkan fitnah.

Sebagai info, Nora dan Dr Rushdi Ramli bernikah pada tahun 2021 dan beliau merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.