Selepas sebulan bercerai, penyanyi popular Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr. Rushdi Ramli.
Menurut Nora atau nama penuhnya, Wan Norafizah Ariffin, 51, proses rujuk juga dilakukan tidak lama selepas dia diceraikan oleh suami bagi mengelakkan sebarang fitnah berhubung tempoh edah.
Katanya lagi, proses rujuk tersebut juga berlaku dengan aman kerana penceraian yang berlaku bukanlah kehendaknya, lapor Harian Metro.
Artikel berkaitan: “Hidup perlu diteruskan” – Nora Ariffin Update IG Story Sambung Kerja
Artikel berkaitan: “Ustaz tidak bersalah” – Nora Dakwa Suami Dipaksa Lafaz Cerai Tanpa Sebab
“Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, suami sudah kembali rujuk. Manusia hanya merancang namun Tuhan yang menentukan.
“Semoga perkara yang sama tidak berulang,” katanya.
Pada 12 Ogos lalu, Nora telah memuat naik video berdurasi 12 saat yang memaparkan suaminya melafazkan talak.
Selepas ketularan video berkenaan, Dr. Rushdi telah berhadapan dengan pelbagai bentuk kecaman. Bagaimanapun, Nora terus mempertahankan suami dan memaklumkan bahawa perkara tersebut bukanlah atas kehendaknya.
Pasangan itu bergelar suami isteri pada 2021, malah Rushdi adalah sahabat baik Allahyarham Johan yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.