Sejuk perut ibu mengandung. Itulah ungkapan paling tepat buat Sky yang tular baru-baru ini apabila dilihat tetap khusyuk mengaji dan menghafal Al-Quran di mana sahaja beliau berada, termasuklah ketika sedang menunggu di dalam kenderaan.
Keperibadian mulia ini sebenarnya lahir daripada kegigihan arwah ibunya, Akiko Okumura, yang sangat menitikberatkan pendidikan agama sejak Sky kecil lagi. Walaupun ibunya telah tiada, “benih” cinta Al-Quran yang ditanam terus subur membimbing langkah Sky sehingga ke hari ini.
Artikel berkaitan: “Saya tak tahu apa salahnya” – Ridz Okumura Terkilan Ada Pihak Tabur Garam Atas Pusara Arwah Isteri
Artikel berkaitan:“Banyak lagi Sky & saya kena belajar” ” – Ridzokumura Tunjuk Anak Solat, Kata Mahu Doakan Arwah Ibu
@ridz_okumura Kalaulah arwah ibu Sky masih ada di dunia ini, pasti hatinya akan dipenuhi rasa sebak dan bangga melihat anaknya. Di mana sahaja Sky berada, dia tetap berusaha mengaji — di dalam kereta, ketika menunggu, atau di mana sahaja ada kesempatan. Al-Quran sentiasa cuba dibaca dan dihafalnya. Semua itu bukan datang begitu sahaja. Ia lahir daripada didikan seorang ibu yang penuh kasih sayang. Arwah ibunyalah yang dahulu bersungguh-sungguh mencari ustazah untuk mengajarnya, menanamkan cinta kepada Al-Quran sejak kecil. Sehingga hari ini, kenangan itu masih hidup dalam diri Sky. Didikan itu terus menjadi cahaya yang membimbing langkahnya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur melihat Sky membesar dengan akhlak dan pegangan yang begitu indah. Terima kasih yang tidak terhingga buat arwah Akiko Okumura. Kerana kasih dan didikan seorang ibu itulah, Sky menjadi seorang anak yang begitu baik dan dekat dengan Al-Quran. Semoga Allah merahmati dan menempatkan arwah dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang berbahagia. 🤲✨
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur melihat Sky membesar dengan akhlak dan pegangan yang begitu indah. Terima kasih yang tidak terhingga buat arwah Akiko Okumura.
Kerana kasih dan didikan seorang ibu itulah, Sky menjadi seorang anak yang begitu baik dan dekat dengan Al-Quran. Semoga Allah merahmati dan menempatkan arwah dalam kalangan hamba-hambaNya yang berbahagia,” tulisnya di kapsyen.
Namun, pujian juga harus diberikan kepada bapanya yang kini menggalas amanah tunggal membesarkan Sky. Netizen kagum melihat komitmen bapanya yang memastikan impian arwah isteri melihat Sky menjadi anak soleh tercapai.
Tanpa kelibat isteri di sisi, si bapa berjaya membuktikan bahawa bimbingan dan kasih sayang yang konsisten mampu membentuk disiplin agama yang luar biasa dalam diri anak.
Sumber: TikTok
