in

Terima Kasih Abang Rider! 7 Ekor Kucing Diselamatkan Lelaki Ini Guna Beg ‘Delivery’

Cats 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, beberapa negeri di Malaysia dilanda hujan lebat yang berpanjangan sehingga berlakunya banjir. Di sekitar Lembah Klang misalnya, beberapa kawasan dilaporkan dinaiki air sehingga ke paras bumbung rumah.


Banjir bukan sahaja boleh mengorbankan nyawa manusia, malah haiwan-haiwan jalanan seperti kucing serta anjing juga menerima nasib yang sama apabila mereka tiada tempat untuk berteduh dan menyelamatkan diri.

Selamatkan kucing guna beg delivery

Menerusi satu video yang dimuat naik, seorang penghantar makanan ada berkongsikan satu rakaman menunjukkan dia sedang menyelamatkan kucing-kucing yang terkesan akibat banjir di situ.

Kita jaga kucing kita”, tulis lelaki ini.

Dengan menggunakan beg penghantar makanan Foodpanda dan Shopee Food, lelaki ini meletakkan tujuh ekor kucing ke dalam beg tersebut untuk menyelamatkan si bulus ini, sebelum memindahkan mereka ke tempat yang lebih selamat.

Dah tidur nyenyak!

Menerusi satu video yang lain pula, abang rider ini sempat berkongsikan keadaan semasa kucing-kucing tersebut selepas diselamatkan daripada banjir.

Kucing-kucing tersebut sudah dipindahkan ke sangkar yang baru, dan dilihat sedang tidur nyenyak. Terima kasih abang rider!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan abang rider ini yang masih sudi menyelamatkan kucing-kucing jalanan yang terkesan akibat hujan lebat dan banjir.

A 3

Malah, ada juga yang menawarkan bantuan daripada segi wang ringgit jika lelaki ini memerlukannya untuk kucing-kucing tersebut.

B 2

Jangan lupa selamatkan haiwan jalanan juga tau!

BACA: Sudah Melepasi Tahap Bahaya, Air Empangan Klang Gate Dilepaskan Secara Berperingkat

Cats 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.