in

Terima Banyak Aduan, Kerajaan Bakal Tubuhkan Pasukan Khas Untuk Kaji Touch ‘n Go

Cats 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah pasukan khas akan ditubuhkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk meneliti masalah berkaitan sistem pembayaran baharu Touch ‘n Go (TNG) yang didakwa bermasalah, sejak kebelakangan ini.


Menerusi pemerhatian di media sosial, ramai pengguna jalan raya membuat aduan berkaitan TNG termasuklah sistem pembayaran tol RFID yang kadangkala tidak berfungsi, selain kesukaran mendapatkan kad TNG NFC yang sering kehabisan stok.

Myrfid Lane 1 630X354 1

Pasukan khas ini akan dipertanggungjawabkan untuk menyiasat isu terbabit secara terperinci, untuk diselesaikan dalam masa terdekat. Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub baru-baru ini.

Sementara itu, pihak TNG turut diarahkan untuk mengemukakan laporan mengenai perkhidmatan itu kepada pihak kementerian. Laporan tersebut perlu dihantar secara harian, dan tindakan akan diambil sekiranya mereka gagal berbuat demikian.

Sambung Salahuddin, pihaknya turut menerima banyak aduan sepanjang minggu perayaan Tahun Baru Cina.

“Hari ini kita berhadapan dengan isu kepenggunaan jalan raya yang meningkat akibat daripada perayaan Tahun Baharu Cina. Selepas ini sudah pasti kita juga bersedia untuk menyambut bulan puasa dan juga hari raya Aidil Fitri pula,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Adakah tindakan ini akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia?

Kredit: Awani

BACA: Individu Ditahan Jual NFC Kad Touch ‘n Go Dengan Harga 5X Ganda!

Capture 15

Sumber: Paul Tan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.