Kad Touch ‘n Go (TNG) adalah suatu keperluan buat kita semua, tak kira kita memandu mahupun menaiki LRT. Hal ini menyebabkan permintaan kad TNG sangat tinggi dan selalu ketiadaan stok.
Tambahan pula, dengan teknologi baru yang telah ditambah kepada kad TNG tersebut iaitu Near Field Communication (NFC) yang membolehkan pengguna untuk menambah nilai kad TNG tersebut menggunakan telefon pintar.
Walaubagaimanapun, kad Touch ‘n Go (NFC) ni selalu kehabisan stok. Pengguna jadi hairan kenapa laju sangat stok untuk kad TNG ini cepat habis. Mereka boleh mendapatkan kad Touch ‘n Go (NFC) tersebut di atas talian daripada pengguna lain yang menjual semula. Tapi, kad Touch ‘n Go (NFC) yang dijual di atas talian harga tak masuk akal.
Baru-baru ni, seorang ‘cashier‘ stesen minyak telah ditahan kerana menjual kad TNG (NFC) dengan harga yang sangat tinggi. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Individu tersebut menjual sekeping kad NFC yang biasanya berharga RM10 dengan kadar lima kali ganda harga asal.
Kad NFC ni sepatutnya boleh didapati di stesen minyak tertentu ataupun menerusi aplikasi TNG. Tapi sebab susah sangat untuk mendapatkan stok, wujudnya penjualan kad NFC atas talian dengan harga yang tak masuk akal.
Sejak April sehingga 25 September lalu, Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menerima 4 aduan tentang kad NFC dan mengesan 13 iklan jualan atas talian melibatkan kad tersebut.
“Berdasarkan semakan dan maklumat daripada pengelola platform pasaran dalam talian, sebanyak 11 premis merangkumi kediaman peribadi serta bangunan perniagaan diperiksa berhubung kes sama.”
“Pasca pemeriksaan awal, sebanyak enam notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dikeluarkan kepada pihak terbabit, yang antara lain menuntut supaya maklum balas atau penjelasan rasmi perlu dikemukakan kepada Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP.”
“Kegagalan berbuat demikian, pihak terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 21(5) AKHAP 2011 kerana enggan atau gagal mengemukakan maklum balas,” katanya.
Dengan itu, Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP dan pengurusan kementerian akan membuat pertemuan dengan syarikat TNG dalam masa yang terdekat. Ini adalah untuk mendapatkan status kaedah semasa penjualan dan isu kekurangan stok kad NFC tersebut.
Beliau juga menyeru masyarakat setempat untuk terus membuat aduan kepada Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP berhubung isu sama bagi tindakan lanjut.
Baca : Harga Cuma RM 10, Kad Baru Touch ‘n GO Ini Boleh Reload Nilai Menerusi Apps?